KOTA BHARU:Kesedihan pemuda cacat penglihatan Mohd Yazid Mohd Nor, yang gambarnya tular di tangga setelah rumahnya terbakar pagi semalam, mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Ebit Lew berkata pasukan misi bantuannya akan membantu Mohd Yazid, 30, dan dua abangnya, Fakhru Rrazi, 36, dan Mohd Khairulzaman, 39, menduduki rumah baharu yang akan dibina dengan kos RM70,000 dan turut menyumbangkan motosikal roda tiga jenis Modenas Kriss.
"Selepas saya melihat gambar Mohd Yazid termenung di tangga rumahnya yang musnah dalam kebakaran, saya terus bergegas ke Kota Bharu. Sebaik tiba di tempat kejadian saya berjumpa keluarga dan berbincang keperluan yang diperlukan oleh tiga beradik ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Menurut Ebit Lew, dengan pemberian motosikal itu diharap dapat membantu Fakhru Rrazi, 36, untuk meneruskan pekerjaannya sebagai pemotong rumput dan menanggung keluarga.
Dalam kejadian pada 8.30 pagi semalam, Mohd Yazid sedang tidur di dalam sebuah bilik sebelum merasai bahang api pada bahagian muka dan badannya dan turut terselamat kedua-dua abangnya.
Dalam misi bantuan tersebut, Ebit Lew melantik seorang kontraktor untuk membina sebuah rumah yang mengandungi tiga bilik dan dua bilik air bagi keselesaan mereka tiga beranak.
"Saya berharap pembinaan rumah ini disegerakan dan dijangka siap dalam tempoh lebih dua bulan iaitu Mei ini. Insya-Allah sempat siap sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya.
Sementara itu, Fakhru Rrazi berkata apa yang berlaku bagaikan sebuah mimpi buruk, namun dalam sekelip mata ia berakhir, yang langsung tidak menyangka Allah membantunya menerusi Ebit Lew yang menghadiahkan rumah baharu dalam masa hanya sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Kesedihan pemuda cacat penglihatan Mohd Yazid Mohd Nor, yang gambarnya tular di tangga setelah rumahnya terbakar pagi semalam, mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew. - BERNAMA
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?
Tinjauan di laman sesawang rasmi Elews Mart mendapati tiada notis dikongsikan di dalamnya.
Perbicaraan Ebit Lew disambung Mei depan
Perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew, akan bersambung pada Mei depan dengan memanggil semula pengadu sebagai saksi kesembilan untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Tenom.
'Berdosa sangat pada suami, di belakang saya layan ustaz Ebit Lew' - Saksi kesembilan
Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu
Pengadu kes Ebit Lew memberitahu mahkamah dia kerap menghubunginya melalui panggilan telefon dan video selain menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.
Kes Ebit Lew: Sedia penghadang untuk pengadu beri keterangan
Pengadu wanita merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan bagi memberi keterangan di mahkamah.
Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki milik siapa
Inspektor Yip Chang Ching tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki yang didedahkan dalam keterangan di mahkamah adalah milik siapa.
Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.
Kertas siasatan kes Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes rogol melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.