Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin

Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 29, 2021 07:49 MYT
Ebit Liew menyerahkan bantuan perubatan dan keperluan asas untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
KUALA LUMPUR : Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesyukuran Ebit Lew apabila usahanya untuk menyalur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dipermudahkan oleh Allah SWT.
Pendakwah dan dermawan terkenal itu yang berjaya memasuki Gaza hari ini mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usai mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Menurut Ebit, bantuan berupa barangan keperluan serta ubat-ubatan sebanyak dua treler dan beberapa buah lori dihantar terus ke hospital di Gaza untuk disalurkan kepada yang memerlukan pada Sabtu.
“Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan dua treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini.
“Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent. Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua,” kata Ebit yang berkongsi jejak perjalanannya ke bumi Palestin dengan Astro AWANI menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.
Misi Kemanusiaan | Ebit Lew hantar barangan asas, ubat-ubatan ke Gaza
BACA: Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit yang selama ini sangat dikagumi dan dihormati ramai kerana sentiasa menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Misi itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia
#Astro #Astro Awani #SOP #Allah #Israel #Gaza #Egypt #Mesir #Malaysia #Palestin #Ebit Liew