MALAYSIA
EcoCampus harus diangkat sebagai inisiatif pendidikan tinggi kebangsaan - Tengku Mahkota Pahang
Titah Diraja Baginda dibacakan oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah di ketika Persidangan Antarabangsa Eco-Campus (ECIC) 2025 diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: EcoCampus perlu diiktiraf sebagai inisiatif pendidikan tinggi kebangsaan bagi memastikan agenda kelestarian benar-benar menjadi teras dalam sistem pendidikan negara.
Ringkasan AI
Penaung Diraja Eco-Schools dan Eco-Campus Malaysia, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, bertitah universiti adalah pusat penting untuk membentuk minda generasi akan datang serta enjin transformasi menuju ekonomi rendah karbon.
“Jika kita benar-benar serius untuk membina sebuah ekonomi berdaya tahan, inklusif dan rendah karbon, maka pendidikan mesti berfungsi sebagai enjin transformasi tersebut. Universiti adalah pusat kepada perjalanan ini,” titah baginda.
Baginda turut menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar mengiktiraf EcoCampus Malaysia sebagai inisiatif kebangsaan dengan mengintegrasikan matlamat itu ke dalam dasar, penunjuk prestasi dan skim geran.
“Universiti perlu menandatangani MoU dan perjanjian perkongsian bersama GGAF bagi mempercepat, memperluas, dan menjamin kesinambungan program ini. Dengan pembiayaan berbilang tahun untuk dekarbonisasi kampus, pembangunan MOOC, penyelidikan makmal hidup serta pengiktirafan mikro-kelulusan kelestarian, visi ini dapat direalisasikan dengan pantas dan meluas,” titah baginda lagi.
Dalam pada itu, Tengku Hassanal turut memuji pencapaian Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diiktiraf dengan bendera hijau EcoCampus pertama di Malaysia dan antara yang terawal di ASEAN.
Baginda bertitah kejayaan itu wajar menjadi contoh kepada universiti lain dalam memperkukuh agenda kelestarian, melahirkan pekerjaan hijau serta menyumbang kepada penyelesaian isu iklim dan biodiversiti.
“EcoCampus adalah jemputan untuk menterjemah nilai kepada hasil yang boleh diukur, pelepasan karbon lebih rendah, ekosistem yang dipulihkan, pekerjaan hijau baharu, dan komuniti yang lebih kukuh,” baginda bertitah.
Baginda bertitah demikian dalam Persidangan Antarabangsa Eco-Campus (ECIC) 2025 diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur pada Khamis.
Titah Diraja Baginda dibacakan oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, Pengarah Eksekutif, Green Growth Asia Foundation (GGAF), Datuk Ir. Ts. Dr. Mahadi Mohamad.
ECIC 2025 menghimpunkan lebih 200 delegasi dari 48 negara termasuk penggubal dasar, akademia, pelajar, industri dan pertubuhan antarabangsa.
Persidangan ini membincangkan peranan universiti sebagai pemangkin ekonomi hijau, termasuk pembangunan micro-credential hijau, pekerjaan hijau (green jobs), bursa data ESG serta keterlibatan komuniti.
Ringkasan AI
- Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menyeru EcoCampus diiktiraf sebagai inisiatif kebangsaan untuk jadikan kelestarian teras pendidikan tinggi.
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjadi universiti pertama di Malaysia diiktiraf dengan bendera hijau EcoCampus dan dijadikan contoh universiti lain.
- Persidangan Antarabangsa Eco-Campus (ECIC) 2025 di Kuala Lumpur menghimpunkan lebih 200 delegasi antarabangsa membincangkan peranan universiti sebagai pemangkin ekonomi hijau dan pekerjaan hijau.
Penaung Diraja Eco-Schools dan Eco-Campus Malaysia, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, bertitah universiti adalah pusat penting untuk membentuk minda generasi akan datang serta enjin transformasi menuju ekonomi rendah karbon.
“Jika kita benar-benar serius untuk membina sebuah ekonomi berdaya tahan, inklusif dan rendah karbon, maka pendidikan mesti berfungsi sebagai enjin transformasi tersebut. Universiti adalah pusat kepada perjalanan ini,” titah baginda.
Baginda turut menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar mengiktiraf EcoCampus Malaysia sebagai inisiatif kebangsaan dengan mengintegrasikan matlamat itu ke dalam dasar, penunjuk prestasi dan skim geran.
“Universiti perlu menandatangani MoU dan perjanjian perkongsian bersama GGAF bagi mempercepat, memperluas, dan menjamin kesinambungan program ini. Dengan pembiayaan berbilang tahun untuk dekarbonisasi kampus, pembangunan MOOC, penyelidikan makmal hidup serta pengiktirafan mikro-kelulusan kelestarian, visi ini dapat direalisasikan dengan pantas dan meluas,” titah baginda lagi.
Dalam pada itu, Tengku Hassanal turut memuji pencapaian Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diiktiraf dengan bendera hijau EcoCampus pertama di Malaysia dan antara yang terawal di ASEAN.
Baginda bertitah kejayaan itu wajar menjadi contoh kepada universiti lain dalam memperkukuh agenda kelestarian, melahirkan pekerjaan hijau serta menyumbang kepada penyelesaian isu iklim dan biodiversiti.
“EcoCampus adalah jemputan untuk menterjemah nilai kepada hasil yang boleh diukur, pelepasan karbon lebih rendah, ekosistem yang dipulihkan, pekerjaan hijau baharu, dan komuniti yang lebih kukuh,” baginda bertitah.
Baginda bertitah demikian dalam Persidangan Antarabangsa Eco-Campus (ECIC) 2025 diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur pada Khamis.
Titah Diraja Baginda dibacakan oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, Pengarah Eksekutif, Green Growth Asia Foundation (GGAF), Datuk Ir. Ts. Dr. Mahadi Mohamad.
ECIC 2025 menghimpunkan lebih 200 delegasi dari 48 negara termasuk penggubal dasar, akademia, pelajar, industri dan pertubuhan antarabangsa.
Persidangan ini membincangkan peranan universiti sebagai pemangkin ekonomi hijau, termasuk pembangunan micro-credential hijau, pekerjaan hijau (green jobs), bursa data ESG serta keterlibatan komuniti.

#Kementerian Pendidikan
#EcoCampus
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Tengku Mahkota Pahang
#pendidikan
#Persidangan Antarabangsa Eco-Campus ECIC