awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edar dadah, lelaki warga Thailand berdepan hukuman gantung sampai mati

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/08/2021
08:35 MYT
Edar dadah, lelaki warga Thailand berdepan hukuman gantung sampai mati
Tertuduh, Alwa Nado yang juga seorang penganggur didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dan ganja pada 17 Ogos lalu. - Gambar Astro AWANI
KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah seberat 4.121 kilogram (kg) di Kampung Kolam, Padang Besar pada 17 Ogos lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Alwa Nado, 33, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md. Zain.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang penganggur didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2.149 kg di sebuah rumah di Kampung Kolam, Padang Besar sekitar pukul 2.45 petang 17 Ogos lalu.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 1.972 kg pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.
Kedua-dua pendakwaan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Topic Berkaitan
#warga Thailand
#hukuman gantung sampai mati
#edar dadah
#Mahkamah Majistret Kangar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan