MALAYSIA
Edisi Khas KL Car Free Morning meriah dengan perarakan budaya tradisional, semangat ASEAN
Maimunah (empat dari kiri) berkata, program kali ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi lambang perpaduan dan kepelbagaian budaya di rantau ini. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suasana di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, pagi ini penuh cerita dengan penganjuran Edisi Khas KL Car Free Morning yang dimeriahkan perarakan budaya bersama delegasi ASEAN.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, program kali ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi lambang perpaduan dan kepelbagaian budaya di rantau ini.
“Melihat masyarakat, warna dan senyuman bersama-sama di ruang ini merupakan peringatan yang murni tentang maksud bandar-bandar ini: Iaitu ruang untuk masyarakat bersama,” katanya
Orang ramai yang hadir turut mengenakan busana tradisional sebagai simbolik keunikan budaya negara-negara ASEAN.
“Dari baju kurung kepada kebaya, dari barong kepada batik, dari kompang kepada kulintang, perarakan kebudayaan pada pagi ini mengingkatkan kita bahawa kepelbagaian kita adalah sebab untuk diraikan,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian sebelum melepaskan peserta memulakan larian di pusat bandar pada pagi Ahad.
Program yang bermula seawal jam 6 pagi itu turut disertai duta dan diplomat dari negara-negara ASEAN.
Datuk Bandar bersama tetamu jemputan turut menyertai aktiviti berjalan kaki dan melakukan tarian kebudayaan di hadapan pusat membeli-belah Sogo.
Minggu ini, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada tiga dialog utama ASEAN yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 14 Ogos, iaitu ASEAN Sustainable Urbanisation Forum, The ASEAN Governors and Mayors Forum serta The Meeting of Governors and Mayors of ASEAN Capitals.
Malaysia menjadi tuan rumah bagi Kepengerusian ASEAN 2025.