MALAYSIA
Editor Video Astro AWANI maut, motosikal terbabas di Lebuhraya NKVE
Allahyarham dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di laluan tersebut.
PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dalam kenyataan mengesahkan Allahyarham Mohd Kusairi Ishak, 52, maut selepas terbabas sendiri di Kilometer 457.1 Lebuhraya Lembah Klang Baharu (NKVE) hala selatan, malam tadi.
Ringkasan AI
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 10.49 malam hasil makluman daripada Pusat Kawalan DCC Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Allahyarham Mohd Kusairi, yang menunggang motosikal jenis Ducati berwarna perak, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan laluan berkenaan.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 10.05 malam ketika Allahyarham dalam perjalanan dari Tapah menuju ke rumahnya di Bangsar.
Setibanya di lokasi kejadian, Allahyarham dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh.
Mayat Allahyarham telah dihantar ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut.
Menurut kenyataan sama, keadaan jalan ketika kejadian adalah baik, dengan laluan empat lorong, permukaan jalan rata serta pencahayaan malam yang mencukupi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis turut menjalankan beberapa tindakan susulan termasuk melawat lokasi kejadian, melakar rajah kasar, merakam gambar tempat kejadian, membawa motosikal terlibat ke IPD Petaling Jaya untuk ujian kimia dan pemeriksaan PUSPAKOM, selain mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), saksi bebas, rakaman papan pemuka serta waris mangsa bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Mohd Kusairi Ishak, 52, maut selepas terbabas sendiri di kilometer 457.1 Lebuhraya Lembah Klang Baharu (NKVE) hala selatan malam tadi.
- Allahyarham dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan laluan berkenaan ketika dalam perjalanan dari Tapah menuju ke Bangsar.
- Mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.