MALAYSIA
Editor Video Astro AWANI, Mohd Kusairi Ishak meninggal dunia
Allahyarham, yang juga bapa kepada dua orang anak, berkhidmat sebagai penyunting video untuk portal Astro AWANI. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Astro AWANI kehilangan seorang lagi ahli keluarga yang disayangi, Allahyarham Mohd Kusairi Ishak, 52, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya berhampiran susur ke Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuh Raya PLUS, pada Sabtu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Allahyarham, yang juga bapa kepada dua orang anak, berkhidmat sebagai penyunting video untuk portal Astro AWANI.
Beliau bukan sahaja seorang profesional yang berdedikasi, malah dikenali sebagai individu yang sentiasa ceria, lucu, dan penuh idea kreatif di pejabat.
Mohd Kusairi merupakan antara tenaga kreatif yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan video berita dan kandungan media sosial Astro AWANI.
Hasil sentuhannya sering mendapat pujian kerana ketelitian, kreativiti, dan keupayaan menghidupkan cerita melalui visual.
Rakan-rakan sekerja mengenang beliau sebagai seorang yang sentiasa bersemangat, tidak lokek berkongsi ilmu, dan mempunyai keupayaan luar biasa untuk menukar idea kompleks menjadi karya visual yang memukau.
“Beliau bukan sahaja berbakat, tetapi juga seorang yang sangat komited dengan kerja,” kata seorang rakan.
Di sebalik keseriusan tugas, Mohd Kusairi dikenali kerana sifatnya yang lucu.
Beliau sering menceriakan suasana pejabat dengan gurauan spontan, menjadikan hari-hari sibuk lebih ringan untuk semua.
Namun, apabila tiba masa bekerja, beliau adalah seorang yang fokus dan teliti, memastikan setiap tugasan mencapai standard tertinggi.
Jenazah kini berada di Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan pada Ahad.
Selepas itu, jenazah akan disembahyangkan di Surau Apartment Putra Ria, Bangsar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Astro AWANI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga, tetapi juga seluruh warga AWANI yang pernah bekerja bersama beliau.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Allahyarham Mohd Kusairi Ishak, 52, seorang warga Astro AWANI, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh.
- Beliau merupakan seorang penyunting video untuk portal Astro AWANI dan dikenali sebagai individu berbakat dalam penyuntingan video berita serta kandungan media sosial.
- Jenazah kini di Jabatan Forensik, PPUM, untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham, yang juga bapa kepada dua orang anak, berkhidmat sebagai penyunting video untuk portal Astro AWANI.
Beliau bukan sahaja seorang profesional yang berdedikasi, malah dikenali sebagai individu yang sentiasa ceria, lucu, dan penuh idea kreatif di pejabat.
Mohd Kusairi merupakan antara tenaga kreatif yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan video berita dan kandungan media sosial Astro AWANI.
Hasil sentuhannya sering mendapat pujian kerana ketelitian, kreativiti, dan keupayaan menghidupkan cerita melalui visual.
Rakan-rakan sekerja mengenang beliau sebagai seorang yang sentiasa bersemangat, tidak lokek berkongsi ilmu, dan mempunyai keupayaan luar biasa untuk menukar idea kompleks menjadi karya visual yang memukau.
“Beliau bukan sahaja berbakat, tetapi juga seorang yang sangat komited dengan kerja,” kata seorang rakan.
Di sebalik keseriusan tugas, Mohd Kusairi dikenali kerana sifatnya yang lucu.
Beliau sering menceriakan suasana pejabat dengan gurauan spontan, menjadikan hari-hari sibuk lebih ringan untuk semua.
Namun, apabila tiba masa bekerja, beliau adalah seorang yang fokus dan teliti, memastikan setiap tugasan mencapai standard tertinggi.
Jenazah kini berada di Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan pada Ahad.
Selepas itu, jenazah akan disembahyangkan di Surau Apartment Putra Ria, Bangsar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Astro AWANI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga, tetapi juga seluruh warga AWANI yang pernah bekerja bersama beliau.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keupayaan yang dimiliki Allahyarham Mohd Kusairi Ishak semasa berkhidmat di Astro AWANI?
A: Allahyarham dikenali sebagai individu berbakat dalam penyuntingan video berita, kandungan media sosial, dan seni visual. - Q: Di manakah jenazah Allahyarham Mohd Kusairi Ishak akan dikebumikan?
A: Jenazah beliau dijangka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas proses bedah siasat di Jabatan Forensik, PPUM.