MALAYSIA
#EduRoundtables2025: Isu keciciran antara agenda utama ASEAN

Fadzilah ketika ditemui Astro AWANI sempena Sesi Meja Bulat dan Acara-Acara Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi ASEAN di Langkawi. - Foto Astro AWANI
LANGKAWI : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memainkan peranan utama dalam memperkukuh kerjasama serantau bagi menangani isu kanak-kanak dan belia yang tidak bersekolah atau Out-of-School Children and Youth (OOSCY) di peringkat ASEAN.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia memimpin usaha serantau menangani isu kanak-kanak dan belia tidak bersekolah (OOSCY) melalui Mesyuarat Meja Bulat ASEAN di Langkawi, dengan sokongan organisasi antarabangsa seperti UNESCO dan ICESCO.
- Mesyuarat ini mengukuhkan komitmen ASEAN terhadap pendidikan inklusif dan saksama, mengambil kira perbezaan tahap pendidikan di negara anggota serta cabaran global semasa.
- Fokus diberikan kepada penilaian semula dasar dan program pendidikan bagi merangka penyelesaian strategik bersama dalam mengurangkan bilangan pelajar tercicir di rantau ini.
“Kita juga melibatkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO) dalam rangka mesyuarat ini bagi berkongsi inisiatif di peringkat pertubuhan masing-masing.
“Kita juga mengambil kira tahap pendidikan berbeza di negara-negara ASEAN dan cuba selarikan dengan cabaran global yang berlaku,” katanya ketika ditemui Astro AWANI sempena Mesyuarat Meja Bulat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN bertemakan “Mempercepat Strategi Inovatif: Menangani Cabaran Kanak-Kanak dan Belia Tidak Bersekolah (OOSCY)" yang berlangsung di Langkawi hari ini.
Mesyuarat peringkat tinggi itu dijangka membincangkan keutamaan utama serantau, termasuk cabaran dan usaha kolektif yang diperlukan bagi mengurangkan jumlah kanak-kanak dan belia yang tercicir daripada sistem pendidikan di seluruh rantau ASEAN.
Perbincangan ini juga bertujuan mengukuhkan komitmen ASEAN terhadap pendidikan yang inklusif dan saksama dengan menilai semula dasar, program dan kerjasama sedia ada, serta mengenal pasti penyelesaian strategik bagi mengatasi halangan berterusan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami