MALAYSIA
Edward Ling dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu TalentCorp
Ling berpengalaman lebih 20 tahun dalam transformasi digital dan strategi korporat. - Foto TalentCorp
KUALA LUMPUR: Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) hari ini mengumumkan pelantikan Edward Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu bagi menggantikan Thomas Mathew, berkuat kuasa esok.
Ringkasan AI
Kenyataan TalentCorp memaklumkan Ling memiliki Ijazah Sarjana Muda Komputer (Cemerlang) dari Universiti Monash Melbourne dan berpengalaman luas melebihi dua dekad dalam memacu transformasi perniagaan, inovasi digital serta perkongsian strategik merentasi syarikat multinasional selain organisasi berpotensi tinggi.
"Pengalaman kerjaya beliau merangkumi pelbagai peranan kepimpinan di institusi ternama seperti LinkedIn, Waze, Google dan L'Oreal Malaysia di mana beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuh keupayaan digital, memupuk kerjasama antara sektor awam dan swasta serta membangunkan ekosistem bakat serantau.
"Beliau juga pernah memegang jawatan kanan di Doctor Anywhere, Yinson Capital dan Fujitsu Malaysia, dengan pengalaman luas dalam membimbing organisasi melalui fasa pengembangan, inovasi dan pembangunan ekosistem," menurut kenyataan itu.
TalentCorp memaklumkan Ling dikenali sebagai individu yang berupaya menghubungkan kepakaran korporat dengan keutamaan pembangunan nasional dan telah menerajui pelbagai inisiatif yang memperkukuh kolaborasi rentas sektor, kesiapsiagaan digital serta daya saing tenaga kerja.
"Dengan pelantikan beliau, TalentCorp berhasrat untuk terus memacu pelaksanaan agenda transformasi bakat negara melalui kerjasama yang lebih erat antara industri, kerajaan dan rakan global," menurut kenyataan itu.
Menerusi kenyataan sama, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong memaklumkan dengan pelantikan itu, kementerian berharap dapat meneruskan kerjasama erat bersama TalentCorp dalam memperkukuh agenda tenaga kerja masa depan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
"Saya yakin TalentCorp akan terus menggabungkan kepakaran industri dengan pandangan dasar bagi mengukuhkan hubungan antara kerajaan serta industri seterusnya memastikan strategi bakat negara kekal sejajar dengan keperluan ekonomi nasional dan global," katanya.
Sim turut menzahirkan penghargaan kepada Thomas atas dedikasi dan sumbangan beliau dalam memperkukuh ekosistem bakat Malaysia serta telah membina asas institusi strategik yang kukuh, membolehkan agensi itu memainkan peranan lebih berkesan merangka agenda bakat dan kemahiran negara.
Pengerusi TalentCorp Wong Shu Qi turut menzahirkan penghargaan Lembaga Pengarah atas kepimpinan Thomas sejak 2020 yang menyaksikan agensi itu berkembang daripada berasaskan program kepada pemudah dasar dan badan pemikir strategik di bawah KESUMA.
Wong berkata kepimpinan Thomas sepanjang lima tahun lepas telah memainkan peranan penting dalam mempertingkat kredibiliti dan impak TalentCorp.
"Beliau telah mentransformasikan organisasi ini menjadi agensi yang berpandangan jauh, berasaskan data serta mampan daripada segi kewangan yang kini memainkan peranan utama dalam merangka strategi tenaga kerja negara.
"Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya mengucapkan terima kasih atas komitmen dan khidmat bakti beliau," katanya yang turut mengalu-alukan pelantikan Ling untuk menerajui TalentCorp ke fasa baharu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- TalentCorp lantik Edward Ling sebagai CEO Kumpulan baharu berkuat kuasa 4 Nov 2025, menggantikan Thomas Mathew yang memimpin sejak 2020.
- Ling berpengalaman lebih 20 tahun dalam transformasi digital dan strategi korporat, pernah memegang jawatan di LinkedIn, Waze, Google, LOreal Malaysia serta syarikat teknologi dan pelaburan.
- Pelantikan ini dijangka memacu agenda transformasi bakat negara, dengan kerjasama lebih erat antara industri, kerajaan dan rakan global; kementerian zahir penghargaan kepada Thomas atas sumbangan membina asas kukuh TalentCorp.