MALAYSIA
eHati: Pengasas, pasangan berdepan kes mahkamah lari ke luar negara
Shazeli berkata wanita itu dan suaminya dipercayai meninggalkan negara pada 13 Okt iaitu sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah. - Gambar fail
SHAH ALAM: Dua individu termasuk pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati yang berdepan pendakwaan di mahkamah dipercayai telah melarikan diri ke luar negara.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata wanita itu dan suaminya dipercayai meninggalkan negara pada 13 Okt iaitu sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah.
"Semakan mendapati mereka keluar mengikut laluan sah sebelum waran tangkap dikeluarkan," katanya pada sidang media pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Shazeli berkata polis telah mengenal pasti negara pasangan itu melarikan diri dan sedang berhubung dengan rakan strategik di negara terbabit untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, beliau mengesahkan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas dua individu termasuk pengasas eHati kerana gagal hadir di mahkamah pada hari pertuduhan.
Media melaporkan pengasas eHati bersama seorang lagi individu itu sepatutnya didakwa pada 14 Okt bersama-sama pasangan suami isteri yang juga merupakan doktor dalam bidang kesihatan dan kecantikan.
Sebelum ini, 95 individu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini pada September tahun lepas.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Pengasas program motivasi eHati dan suaminya didakwa melarikan diri ke luar negara sehari sebelum pertuduhan di mahkamah.
- Ketua Polis Selangor menyatakan pasangan itu telah keluar negara sebelum waran tangkap dikeluarkan.
- Polis sedang berhubung dengan negara di mana pasangan tersebut melarikan diri untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata wanita itu dan suaminya dipercayai meninggalkan negara pada 13 Okt iaitu sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah.
"Semakan mendapati mereka keluar mengikut laluan sah sebelum waran tangkap dikeluarkan," katanya pada sidang media pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Shazeli berkata polis telah mengenal pasti negara pasangan itu melarikan diri dan sedang berhubung dengan rakan strategik di negara terbabit untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, beliau mengesahkan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas dua individu termasuk pengasas eHati kerana gagal hadir di mahkamah pada hari pertuduhan.
Media melaporkan pengasas eHati bersama seorang lagi individu itu sepatutnya didakwa pada 14 Okt bersama-sama pasangan suami isteri yang juga merupakan doktor dalam bidang kesihatan dan kecantikan.
Sebelum ini, 95 individu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini pada September tahun lepas.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan individu pengasas program motivasi rumah tangga eHati melarikan diri ke luar negara?
A: Mereka dipercayai melarikan diri sehari sebelum pertuduhan dibuat di mahkamah. - Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak polis setelah individu tersebut melarikan diri?
A: Polis sedang berhubung dengan rakan strategik di negara terbabit untuk tindakan lanjut. - Q: Berapa bilangan individu yang dipanggil memberi keterangan berkaitan penganjuran program motivasi rumah tangga sebelum ini?
A: Sebanyak 95 individu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan program tersebut.