GADGETS
E-Ink hasilkan skrin untuk pad sesentuh komputer riba
E Ink memperkenalkan skrin epaper baharu yang boleh digunakan pada pad sesentuh komputer riba, menyokong aplikasi AI seperti paparan ringkasan dokumen dan perbualan chatbot. -Amanz
MELETAKKAN skrin pada pad sesentuh komputer riba bukan inovasi baharu. ASUS dan Lenovo menawarkan model dengan skrin sekunder ini boleh memaparkan pintas pantas perisian, menjadi kalkulator dan mengawal muzik.
Ringkasan AI
Terkini E Ink menawarkan skrin epaper terkini mereka yang turut boleh digunakan pada pad sesentuh.
Menurut E Ink skrin ini dibangunkan untuk keperluan aplikasi kecerdasan buatan (AI) semasa. Sekiranya sedang membaca dokumen, ringkasan kandungan boleh dipaparkan di skrin sesentuh.
Ia juga boleh memaparkan teks perbualan dengan chatbot dengan ia tidak akan mengambil ruang pada skrin utama komputer riba.
Integrasi perisian AI dan perkhidmatan AI kini sudah tidak lagi boleh dielakkan. Sudah ada beberapa syarikat besar mewajibkan penggunaannya bagi meningkatkan produktiviti kakitangan.
Maka apa yang ditawarkan E Ink ini mungkin aneh sekarang tetapi di masa depan komputer riba dengan skrin sekunder akan menjadi satu kelaziman. -Amanz
Ringkasan AI
- E Ink memperkenalkan skrin epaper baharu yang boleh digunakan pada pad sesentuh komputer riba, menyokong aplikasi AI seperti paparan ringkasan dokumen dan perbualan chatbot.
- Skrin sekunder ini membantu menjimatkan ruang skrin utama dan meningkatkan produktiviti, selaras dengan trend penggunaan AI yang semakin meluas dalam organisasi.
- Walaupun kelihatan aneh sekarang, komputer riba dengan skrin sesentuh berasaskan epaper dijangka menjadi kelaziman pada masa depan.