MALAYSIA

E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN

Astro Awani 31/12/2025 | 07:12 MYT
HASiL berkata pelaksanaan e-Invois Fasa 4 membabitkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM5 juta.
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan e-Invois Fasa 4 dan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 bermula 1 Januari 2026.


Ringkasan AI
  • HASiL mengumumkan pelaksanaan e-Invois Fasa 4 bermula 1 Januari 2026 untuk pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM5 juta, sebagai langkah utama dalam memperkasa digitalisasi perniagaan.
  • Inisiatif ini memberikan sokongan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan meningkatkan kecekapan operasi dan pematuhan cukai.
  • Pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 turut diumumkan, dengan Sistem STAMPS akan ditamatkan pada 31 Disember 2025, dan pengguna perlu memastikan pendaftaran dan akses Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Sijil Digital untuk portal MyTax.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kenyataannya, HASiL berkata pelaksanaan e-Invois Fasa 4 membabitkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM5 juta.

Tambahnya, inisiatif ini merupakan langkah utama bagi memperkasa digitalisasi serta memberikan sokongan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Inisiatif ini membantu meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh pengurusan rekod perniagaan yang teratur dan memudahkan pematuhan cukai secara lebih telus dan sistematik,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan hari ini.

Menurut HASiL, 843 juta e-Invois telah direkodkan melibatkan 113,800 pembayar cukai di seluruh negara, termasuk 48,800 perniagaan Fasa 4 yang telah melaksanakan e-Invois secara sukarela sebagai persediaan sebelum ia menjadi mandatori.

Kenyataan itu turut menekankan pelaksanaan pengecualian e-Invois bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM1 juta, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Disember lalu.

Menyentuh pelaksanaan STSDS secara berfasa, HASiL mengumumkan Sistem STAMPS sedia ada akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2025, dan semua urusan penyeteman akan dipindahkan ke Sistem e-Duti Setem mulai esok.

Tambahnya, sebagai persediaan peralihan, ujian log masuk ke Portal MyTax telah dibuka lebih awal sejak 17 Disember.

HASiL turut menyatakan bahawa berdasarkan rekod pendaftaran di portal MyTax, masih terdapat pengguna Sistem STAMPS yang belum memiliki Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Sijil Digital, menyebabkan mereka tidak dapat mengakses portal MyTax.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dimaksudkan dengan pelaksanaan e-Invois Fasa 4 oleh HASiL?
    A: Pelaksanaan e-Invois Fasa 4 oleh HASiL melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM5 juta.
  • Q: Mengapa pelaksanaan e-Invois Fasa 4 diumumkan sebagai langkah utama bagi memperkasa digitalisasi?
    A: HASiL mengumumkan pelaksanaan e-Invois Fasa 4 sebagai langkah utama bagi memperkasa digitalisasi untuk memberikan sokongan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.
  • Q: Berapa jumlah e-Invois yang telah direkodkan oleh HASiL dan berapa jumlah pembayar cukai yang terlibat?
    A: HASiL telah merekodkan 843 juta e-Invois melibatkan 113,800 pembayar cukai di seluruh negara, termasuk 48,800 perniagaan Fasa 4.
  • Q: Apakah pengecualian yang diberikan oleh HASiL berkaitan dengan pelaksanaan e-Invois?
    A: HASiL memberikan pengecualian e-Invois kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM1 juta, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh HASiL berhubung dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS)?
    A: HASiL akan menamatkan Sistem STAMPS sepenuhnya pada 31 Disember 2025 dan memindahkan semua urusan penyeteman ke Sistem e-Duti Setem mulai esok.



#LHDN #e-invois #Sistem Taksir Sendiri Duti Setem STSDS #pembayar cukai