MALAYSIA

Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua

Astro Awani 01/02/2026 | 11:55 MYT
Eizlan mengumumkan kelahiran cahaya mata keduanya hasil perkongsian hidup bersama isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville. -IG Eizlan Yusof
PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof mengumumkan kelahiran cahaya mata keduanya hasil perkongsian hidup bersama isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville.


Ringkasan AI
  • Datuk Seri Eizlan Yusof mengumumkan kelahiran anak keduanya, Zareen Rosa, hasil perkongsian hidup bersama isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville, melalui entri di Instagram.
  • Eizlan berkongsi kesyukuran dan terima kasih kepada Allah serta isteri dalam perkongsian gembira tersebut.
  • Pelakon drama Astana Idaman juga berkongsi foto bersama bayi yang wajahnya ditutup dengan emoji hati serta gambar bersama isteri dan doktor yang merawat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menerusi entri di Instagram (IG) pada Sabtu, Eizlan atau nama sebenar, Idris Md Yusof berkongsi berita gembira menerima cahaya mata perempuan kedua bersama Natasha.

"Assalamualaikum Zareen Rosa. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurnia-NYA. Terima kasih yayang (isteri)," tulisnya.


Melalui perkongsian sama, pelakon drama Astana Idaman turut memuat naik foto bersama bayi, namun wajahnya ditutup dengan emoji berbentuk hati.

Selain itu, Eizlan turut merakamkan foto bersama isteri dan doktor yang merawat.

Eizlan berkahwin dengan Natasha Rosa Boudville di The Glass Suite, Bora ombak Marina, Putrajaya pada 12 Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zaelynn Rosa yang kini berusia lima tahun.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah pelakon yang mengumumkan kelahiran cahaya mata keduanya baru-baru ini?
    A: Datuk Seri Eizlan Yusof mengumumkan kelahiran cahaya mata keduanya hasil perkongsian hidup bersama isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville.
  • Q: Apa nama bayi perempuan yang baru dilahirkan oleh Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri?
    A: Bayi perempuan yang baru dilahirkan diberi nama Zareen Rosa.
  • Q: Bilakah tarikh perkahwinan Eizlan Yusof dengan Natasha Rosa Boudville?
    A: Eizlan Yusof berkahwin dengan Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember 2019.



#bayi #Eizlan Yusof #pelakon #Natasha Rosa Boudville