MALAYSIA
Ejen insurans didakwa menyamar pengarah syarikat, tipu RM900,000
Seorang ejen didakwa menipu seorang lelaki dengan menyamar sebagai pengarah syarikat sehingga mangsa mengalami kerugian RM900,000. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dengan menyamar sebagai pengarah syarikat pengurusan kewangan sehingga mangsa mengalami kerugian RM900,000.
Ringkasan AI
Teong Chooi Tim, 33, didakwa menipu seorang individu berusia 33 tahun dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa tertuduh adalah pengarah syarikat berkenaan dan menawarkan pulangan keuntungan lumayan dengan bayaran modal perniagaan berjumlah RM900,000.
Perbuatan itu mendorong mangsa membuat pemindahan wang berkenaan menerusi 31 transaksi ke dalam 17 akaun, dan mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kediaman di Persiaran Alam Damai, Cheras antara 25 Nov dan 22 Dis 2023 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan dia perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat sehingga kes selesai.
Peguam Ng Mei Yi pula memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak berkemampuan dan menanggung kos perubatan bapa yang sudah tua selain menghidap penyakit kronik.
Hakim Norma Ismail membenarkan Teong diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dimohon pendakwaan, dan menetapkan 27 Jan depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki dengan menyamar sebagai pengarah syarikat kewangan, menyebabkan mangsa rugi RM900,000.
- Teong Chooi Tim, didakwa memperdaya mangsa dengan menawarkan pulangan keuntungan lumayan dengan bayaran modal perniagaan sebanyak RM900,000, dan mangsa membuat pemindahan wang ke dalam 17 akaun.
- Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi Teong, dengan syarat-syarat seperti penjamin, penyerahan pasport, dan laporan diri ke balai polis sehingga kes selesai, serta menetapkan tarikh sebutan kes pada 27 Januari.