awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
Kerajaan Syria, SDF capai persetujuan gencatan senjata empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB

Bernama
Bernama
17/01/2025
05:30 MYT
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Kejadian melibatkan lelaki berusia 61 tahun itu bermula selepas dia melihat iklan pelaburan di Facebook 27 Sept lepas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat. - Gambar hiasan
JEMPOL: Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian melibatkan lelaki berusia 61 tahun itu bermula selepas dia melihat iklan pelaburan di Facebook 27 Sept lepas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
"Pengadu menggunakan kesemua wang simpanan hasil caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan meminjam dengan rakannya untuk menyertai pelaburan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai permulaan pengadu membuat transaksi sebanyak RM4,220 ke dalam sebuah akaun pada 5 Okt, dan kemudian melakukan 24 lagi transaksi secara berperingkat sehingga 7 Jan lepas ke dalam lima akaun bank berbeza.
Hoo berkata mangsa bukan sahaja belum menerima pulangan, malah terus diminta memasukkan wang kononnya untuk pelbagai urusan dan ini menyebabkan warga emas itu tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan saya ingin menasihatkan supaya semak dengan pihak berkuasa sebelum melabur," katanya sambil menggesa orang ramai tidak masukkan wang tanpa mengetahui identiti individu yang berurusan dengan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan pelaburan
#pelaburan tidak wujud
#kes penipuan
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan