awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen pinjaman didakwa tipu dalam urusan pinjaman RM1 juta

Bernama
Bernama
29/12/2025
14:15 MYT
Ejen pinjaman didakwa tipu dalam urusan pinjaman RM1 juta
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin serta memohon tarikh sebutan untuk serahan dokumen. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang ejen pinjaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengurus syarikat dalam urusan mendapatkan pinjaman bernilai RM1 juta.

Ringkasan AI
  • Seorang ejen pinjaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu pengurus syarikat dalam urusan pinjaman RM1 juta.
  • Tertuduh didakwa memperdayakan pengurus syarikat dengan penyata akaun bank palsu untuk mendapatkan pinjaman 'friendly loan'.
  • Pendakwaan menawarkan jaminan RM200,000 dan tarikh sebutan ditetapkan, manakala peguam tertuduh memohon jaminan RM20,000 atas alasan kewangan.

Tertuduh, Tang Ser Chiew, 51, didakwa memperdayakan pengurus syarikat D2D Bizhub Sdn Bhd dalam urusan mendapatkan pinjaman 'friendly loan' bernilai RM1 juta daripada syarikat itu dengan mengemukakan penyata akaun sebuah bank yang tidak sepadan dengan rekod bank berkenaan.
Pendakwaan menyatakan bahawa pengarah syarikat terbabit tidak akan menyerahkan wang berjumlah RM1 juta ke dalam akaun berkenaan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Cheras pada 5 Dis 2024, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun, sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin serta memohon tarikh sebutan untuk serahan dokumen.
Peguam Asmawi Ismail yang mewakili tertuduh pula memohon jaminan RM20,000 atas alasan anak guamnya telah disahkan bankrap pada 2021 dan tidak berkemampuan membayar wang jaminan yang tinggi.
Hakim Siti Shakirah Mohtarudin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Feb depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#ejen pinjaman
#wang jaminan
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan