awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
KPKM laksana kajian khusus nilai struktur beras negara lindungi pesawah, pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi ASEAN berkembang pada 4.7 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
25/05/2025
07:06 MYT
Ekonomi ASEAN berkembang pada 4.7 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL: Hari ini, jangkaan ialah 4.7 peratus pada 2025 untuk pertumbuhan KDNK ASEAN, dan inflasi pada sekitar tiga peratus. -Bernama
KUALA LUMPUR: Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kolektif ASEAN dijangka meningkat kepada 4.7 peratus pada 2025 berbanding 4.2 peratus tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ringkasan AI
  • Unjuran pertumbuhan KDNK kolektif ASEAN dijangka meningkat kepada 4.7 peratus pada tahun 2025, berbanding 4.2 peratus pada tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi di rantau ASEAN pula dijangka berada sekitar tiga peratus, menurut pembentangan dalam Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-25.
  • Pertumbuhan ini didorong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan modal awam di negara-negara ekonomi besar ASEAN, menjadikannya lebih tinggi daripada purata pertumbuhan global.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-25 hari ini turut membincangkan kadar inflasi di rantau ini yang dijangka berada pada tahap tiga peratus.
"Terdapat perbincangan dan pembentangan oleh Sekretariat ASEAN apabila kami berbincang mengenai tahun 2024 dan apa unjuran kami untuk tahun 2025 dari segi pertumbuhan KDNK. Turut dibincangkan ialah jangkaan kadar inflasi bagi rantau ini.
"Oleh itu, hari ini, jangkaan ialah 4.7 peratus pada 2025 untuk pertumbuhan KDNK ASEAN dan inflasi pada sekitar tiga peratus," katanya pada sidang media selepas tamat mesyuarat Majlis AEC ke-25 di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, unjuran itu lebih tinggi daripada purata berbanding kadar pertumbuhan global dan ini didorong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan modal awam di ekonomi yang lebih besar.
Topic Berkaitan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#pertumbuhan KDNK kolektif ASEAN
#ASEAN2025
#ASEAN25
#Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi Asean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan