NATIONAL
Ekonomi ASEAN berkembang pada 4.7 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL: Hari ini, jangkaan ialah 4.7 peratus pada 2025 untuk pertumbuhan KDNK ASEAN, dan inflasi pada sekitar tiga peratus. -Bernama
KUALA LUMPUR: Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kolektif ASEAN dijangka meningkat kepada 4.7 peratus pada 2025 berbanding 4.2 peratus tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ringkasan AI
Beliau berkata mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-25 hari ini turut membincangkan kadar inflasi di rantau ini yang dijangka berada pada tahap tiga peratus.
"Terdapat perbincangan dan pembentangan oleh Sekretariat ASEAN apabila kami berbincang mengenai tahun 2024 dan apa unjuran kami untuk tahun 2025 dari segi pertumbuhan KDNK. Turut dibincangkan ialah jangkaan kadar inflasi bagi rantau ini.
"Oleh itu, hari ini, jangkaan ialah 4.7 peratus pada 2025 untuk pertumbuhan KDNK ASEAN dan inflasi pada sekitar tiga peratus," katanya pada sidang media selepas tamat mesyuarat Majlis AEC ke-25 di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, unjuran itu lebih tinggi daripada purata berbanding kadar pertumbuhan global dan ini didorong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan modal awam di ekonomi yang lebih besar.
Ringkasan AI
- Unjuran pertumbuhan KDNK kolektif ASEAN dijangka meningkat kepada 4.7 peratus pada tahun 2025, berbanding 4.2 peratus pada tahun sebelumnya.
- Kadar inflasi di rantau ASEAN pula dijangka berada sekitar tiga peratus, menurut pembentangan dalam Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-25.
- Pertumbuhan ini didorong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan modal awam di negara-negara ekonomi besar ASEAN, menjadikannya lebih tinggi daripada purata pertumbuhan global.
Beliau berkata mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-25 hari ini turut membincangkan kadar inflasi di rantau ini yang dijangka berada pada tahap tiga peratus.
"Terdapat perbincangan dan pembentangan oleh Sekretariat ASEAN apabila kami berbincang mengenai tahun 2024 dan apa unjuran kami untuk tahun 2025 dari segi pertumbuhan KDNK. Turut dibincangkan ialah jangkaan kadar inflasi bagi rantau ini.
"Oleh itu, hari ini, jangkaan ialah 4.7 peratus pada 2025 untuk pertumbuhan KDNK ASEAN dan inflasi pada sekitar tiga peratus," katanya pada sidang media selepas tamat mesyuarat Majlis AEC ke-25 di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, unjuran itu lebih tinggi daripada purata berbanding kadar pertumbuhan global dan ini didorong oleh eksport yang kukuh dan perbelanjaan modal awam di ekonomi yang lebih besar.

#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#pertumbuhan KDNK kolektif ASEAN
#ASEAN2025
#ASEAN25
#Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi Asean