awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/02/2025
03:10 MYT
Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Sultan Ibrahim bertitah, Kerajaan perlu pastikan prestasi ekonomi negara yang baik ini membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat, bukan beri keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengharapkan agar prestasi ekonomi negara pada masa kini pada tahap membanggakan, khususnya domestik dan pelaburan negara, dapat terus dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Sambil mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan, Baginda bertitah, nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.
Untuk tahun 2024, Baginda bertitah, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencapai 5.9 peratus dalam pelbagai sektor, dan jumlah perdagangan negara telah melepasi angka RM2 trilion ringgit untuk tempoh 9 bulan pertama.
“Namun begitu, kerajaan hendaklah menentukan agar prestasi baik ini membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat, dan bukan hanya memberi keuntungan kepada kumpulan tertentu sahaja.
“Oleh itu, saya menyambut baik pendekatan subsidi bersasar yang telah berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan. namun saya menggesa, agar subsidi bersasar tersebut diagihkan dengan cekap dan berkesan kepada kumpulan yang benar-benar layak sahaja,” titah Baginda lagi, sempena sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas di Parlimen, pada Isnin.
Dalam pada itu Baginda turut menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi dan digital.
Pengukuhan infrastruktur dan ekonomi digital, peningkatan keselamatan siber, serta penggunaan teknologi terkini, tegas Baginda lagi, hendaklah dilaksanakan segera.
“Sistem perkhidmatan kerajaan juga hendaklah dinaik-taraf menggunakan teknologi digital yang lebih cekap dan telus. ini bagi membanteras amalan rasuah, dan salah guna kuasa, serta budaya “red tape” yang menyusahkan urusan rakyat,” titah Baginda.
Dalam pada itu Baginda turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati, agar tidak menjadi mangsa jenayah siber, seperti penipuan kewangan dalam talian atau “scammer” dan pencurian identiti.
“Saya juga merasa bimbang, dengan budaya fitnah dan hasutan di dalam talian dan media sosial yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.
“Oleh itu kerajaan perlu tegas dalam membendung budaya ini, dan bersikap proaktif untuk memberikan maklumat yang betul dan dipercayai,” tegas Baginda lagi.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#subsidi bersasar
#budaya fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan