awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi tumbuh 5.8%, Malaysia bangkit sebagai negara gagah - PM Anwar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/07/2024
01:35 MYT
Ekonomi tumbuh 5.8%, Malaysia bangkit sebagai negara gagah - PM Anwar
ANWAR: Dengan penuh tawaduk, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat; penghargaan tidak terhingga juga kepada warga pekerja sama ada di pihak kerajaan mahu pun swasta. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara telah berjaya memecah 'tembok kerungsingan' apabila mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.8 peratus pada suku kedua 2024.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertumbuhan menakjubkan itu merupakan angka yang luar biasa, di luar daripada unjuran yang dikemukakan semua pihak.
"Dalam Ekonomi Madani kita janjikan peluang pekerjaan yang lebih baik, latihan lebih baik, pemindahan teknologi lebih baik dan ke arah digital serta ke arah transisi tenaga.
"Dengan penuh tawaduk, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat.
"Penghargaan tidak terhingga juga kepada warga pekerja sama ada di pihak kerajaan mahu pun swasta, terima kasih kepada warga profesional dan terima kasih kepada para pelabur yang terus yakin dengan hala tuju Ekonomi MADANI," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Jumaat, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya serta merupakan pertumbuhan tertinggi sejak suku keempat 2022 yang mencatatkan 7.4 peratus, menurut
DOSM berkata, bagi separuh pertama 2024, KDNK meningkat 5.0 peratus berbanding 4.1 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kejayaan itu memberi kesempatan untuk bangkit sebagai negara gagah.
"Saya yakin dengan kerjasama dan tumpuan kita kepada pembangunan ekonomi, kita akan berjaya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#KDNK
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan