awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekosistem Sungai Igan boleh terjejas akibat pembuangan sampah

Bernama
Bernama
13/09/2025
13:30 MYT
Ekosistem Sungai Igan boleh terjejas akibat pembuangan sampah
Aktiviti Program Keselamatan Kebersihan Sungai anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) hari ini. - Facebook Dr Annuar Rapaee
SIBU: Ekosistem Sungai Igan di sini boleh terjejas serius jika penduduk masih dengan sikap membuang sampah ke dalam sungai, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapa'ee.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata tindakan berkenaan bukan sahaja menjejaskan kebersihan dan keindahan sungai, malah sampah yang tidak terurai dalam tempoh lama boleh menimbulkan pencemaran serius kepada persekitaran.
"Lebih membimbangkan apabila kita mendapati banyak sampah terapung atau tersangkut di bawah rumah," katanya kepada media selepas merasmikan Program Keselamatan Kebersihan Sungai anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) hari ini.
Dr Annuar berkata Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah lama menyediakan perkhidmatan kutipan sampah di Kampung Hilir dan Kampung Nangka, justeru penduduk dinasihatkan mengumpul sampah dalam beg plastik untuk dikutip berbanding membuangnya ke dalam sungai.
"Selepas ini mungkin akan ada program susulan untuk memastikan sampah terkumpul di bawah rumah dapat dibersihkan secara berterusan," katanya.
Beliau berkata MPS dan LSS akan bekerjasama memastikan kawasan sepanjang Sungai Igan sentiasa terpelihara selain meningkatkan kesedaran masyarakat agar bersama-sama memelihara kebersihan dan keselamatan sungai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Igan
#pencemaran sungai
#ekosistem terjejas
#buang sampah ke sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan