Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini

Astro Awani
Julai 10, 2022 09:11 MYT
Wawancara Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di saluran 501 Astro AWANI jam 8.30 malam.
KUALA LUMPUR: “Banyak orang yang apabila tidur, tak bangun dah. Jadi, saya bersyukur."
Eksklusif sempena ulang tahun ke-97 beliau, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa kesyukuran dipanjangkan usia untuk menjadi saksi perjalanan negara selama hampir 100 tahun.
Dalam usia itu, ahli Parlimen Langkawi itu tidak lelah, malah menyimpan hasrat mahu terus berkhidmat untuk negara, menyumbangkan idea bagi meneruskan agenda pembangunan negara.
Malaysia, kata beliau, mempunyai banyak sumber serta peluang yang boleh diteroka lagi, namun memerlukan individu yang tepat untuk membolehkan semua potensi dieksploitasi sebaiknya.
“Saya dapati banyak benda yang kita boleh buat. Negara kita ini negara yang bahagia, mempunyai banyak potensi. Tetapi kalau kita ada banyak potensi pun kalau kita tidak tahu macam mana nak guna potensi itu, negara kita tidak akan maju," tegasnya.
Bukan sahaja hal politik, negarawan itu turut bercerita tentang sambutan hari jadinya setiap tahun, tentang bagaimana isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang sentiasa menjadi individu pertama mengingati tarikh kelahirannya, serta hubungan beliau dengan anak-anak dan cucu.
Pastikan janji temu anda jam 8.30 malam ini dalam wawancara Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di saluran 501 Astro AWANI.
#Tun Dr Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #Malaysia #hari jadi