INTREND
[EKSKLUSIF] Urban Decay Lancarkan Koleksi Bertemakan Alice In Wonderland : Through the Looking Glass Collection

Selepas berkerjasama dengan nama besar seperti Gwen Stefani dalam menghasilkan koleksi menarik. Kini Urban Decay tampil dengan palet pembayang mata yang pasti menjadi kegilaan ‘Beauty Junkie’. Koleksi ini diinspirasikan dari filem terkenal iaitu Alice In Wonderland. Bersempena tayangan filem, Alice In Wonderland : Through the Lokking Glass, Urban Decay mengeluarkan koleksi solekan lengkap seperti palet pembayang mata dan lipstick dengan kemasan dan warna yang terhad.
Palet pembayang mata ini mengandungi 20 warna, setiap barisan warna pada palet ini mempunyai karakter yang terdapat dalam filem ini antaranya Alice, Mad Hatter, Mirana , Iracebeth dan Time. Selain itu, Urban Decay juga tampil dengan lima warna gincu berbeza-beza, dari matted red yang dinamakan bersempena Iracebeth hingga ke gunmetal-navy yang dinamakan sempena Time. Selain menghasilkan rona palet yang menawan, Urban Decay juga menterapkan elemen ajaib seperti rama-rama 3D pada kotak palet pembayang mata. Koleksi ini akan dijual dalam talian pada 1 Mei dan akan mula dipasarkan diseluruh store Urban Decay pada 5 Mei ini.
