Teks : Afiza Kamarulzaman
Instagram : @afizakamarulzaman
Yasmin-Hani-2-(1).jpg
Terkuak saja pintu studio, sudah berkumandang suaranya memberi salam dan hello kepada semua. Riuhnya bukan asing lagi. Maka, teringat saya statement daripada seseorang tentang Yasmin Hani (sudah lupa daripada siapa), “Hani tu muka je mat salleh tapi bila buka mulut macam mak cik kampung!” Setuju! Ramahnya tidak melambangkan wajah Pan Asiannya yang selalunya duduk control anggun, sepatah tanya, sepatah jawab. Mahu buka mulut pun seperti ada emas di celah lidah. Yasmin Hani cantiknya versatile. Boleh dibawa ke kiri, ke kanan. Sesiapa saja boleh ditegurnya, malah bertepuk- tampar tanpa perlu segan mendepani diva cantik.


Dan, kenapa juga pelawak selalunya daripada kalangan yang ‘tak punya rupa A+’?
Sebenarnya, orang berlawak ada banyak sebab. Ada yang berlawak sebagai penawar duka dalam hatinya sendiri, atau anugerah semula jadi yang Tuhan beri. Tak perlu lihat di sini, di luar negara sendiri pun berapa ramai pelawak yang ada rupa? Mungkin, sudah tuntutan lawak itu sendiri yang lebih mudah diterima jika dihidangkan oleh individu yang mempunyai rupa ‘unik’. Lihatlah perkembangan bidang komedi di negara kita sekarang. Makin maju dan banyak permintaan. Berapa ramai pelawak sekarang yang dilantik menjadi duta dan hidup mewah dengan pendapatan sebagai pelawak?

Selepas melahirkan Noah, Hani dilihat bertambah cantik dan langsing. Rahsia ketika berpantang?
Hani tidak gila berpantang sangat. Berurut dengan mak pun hanya lima kali. Adakala memang bertekak juga dengan mak bab penjagaan berpantang. Ada saja yang disuruh, Hani bantah. Contohnya berpilis. Hani soal mak, kepentingannya? Katanya, nanti masuk angin. Macam mana angin boleh masuk ikut dahi? Hahaha. Bukannya apa... Bagi Hani, penjagaan berpantang Hani, lebih kepada penjagaan pemakanan. Paling penting jaga makan ketika masih mengandung lagi. Hani kurang percaya pada gejala mengidam. Itu semua psikologi kita. Jangan biarkan berat badan naik mendadak ketika mengandung. Makan makanan yang berkhasiat ketika berpantang. Kalau orang kata makan nasi dengan ikan kering, jangan ikut. Ikan kering tiada khasiat. Ambillah nasi dengan ayam panggang atau ikan stim bersama sayur. Badan kita perlukan lebih zat selepas bersalin. Hani pun tidak mengamalkan pemakaian bengkung. Cukup dengan girdle. Selain kerana Hani bersalin secara pembedahan, Hani tak selesa berbengkung.

Definisi cantik buat Hani?
Yakin saja dengan apa jua bentuk fizikal yang kamu miliki, pasti kamu tampil cantik. Kalau kamu bersolek tebal, berkulit cantik pun tapi kamu terkudup-kudup, malu-malu untuk menyerlahkan diri, tiada siapa nampak kecantikan itu.