MALAYSIA
Ekspedisi Kajian Kelestarian Gunung Tahan 2025: Sultan Pahang titah teliti kemudahan Taman Negara
Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan 2025 melibatkan 54 peserta mewakili 20 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Taman Negara Pahang, Sungai Relau.
LIPIS: Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan 2025 dilaksanakan atas hasrat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi meneliti serta menambah baik kemudahan di Taman Negara.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata baginda bertitah demikian memandangkan Taman Negara Merapoh memiliki potensi besar untuk dibangunkan.
“Ekspedisi ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Rekreasi Pahang (MRP) dan hasratnya seperti mana yang dititahkan Al-Sultan Abdullah, ia untuk kita memberi cadangan, penambahbaikan kemudahan di sepanjang trek dari Gunung Tahan ini.
"Paling penting kita tengok keperluan yang utamanya pembinaan tapak perkhemahan, mungkin dari segi penempatan kabin, pembinaan jambatan gantung, pembinaan tandas atau kemudahan lain hingga soal keselamatan dari segi papan tanda atau penunjuk arah. Kita akan tengok keseluruhan.
“Kalau kita tengok, Gunung Tahan ini memiliki potensi besar, sayang kalau kita tidak bangunkan sepenuhnya dan demikian hasrat daripada Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan 2025,” katanya pada Khamis.
Tambah beliau, selain daripada kemudahan penginapan dan keselamatan, pihaknya turut meninjau capaian komunikasi di laluan sejauh 87 kilometer berkenaan.
“Dalam ekspedisi ini perkara tersebut (capaian internet dan komunikasi) juga akan diambil kira. Jadi mungkin kemudahan repeater dan sebagainya.
“Saya selaku exco bertanggungjawab dalam komunikasi dan multimedia akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia,” katanya.
Tambah beliau, hasil penelitian ekspedisi gunung berketinggian 2,187 meter yang dijangka berakhir pada 9 Oktober ini akan dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah bagi tindakan seterusnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelepasan Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan 2025 melibatkan 54 peserta mewakili 20 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Taman Negara Pahang, Sungai Relau.
Ringkasan AI
- Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan 2025 dianjur atas titah Sultan Pahang untuk tambah baik kemudahan di Taman Negara
- Kajian meliputi pembinaan tapak perkhemahan, kabin, jambatan, tandas, papan tanda dan capaian komunikasi sepanjang laluan 87km
- Hasil ekspedisi akan dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah untuk tindakan lanjut, melibatkan 54 peserta dari 20 agensi kerajaan
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata baginda bertitah demikian memandangkan Taman Negara Merapoh memiliki potensi besar untuk dibangunkan.
“Ekspedisi ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Rekreasi Pahang (MRP) dan hasratnya seperti mana yang dititahkan Al-Sultan Abdullah, ia untuk kita memberi cadangan, penambahbaikan kemudahan di sepanjang trek dari Gunung Tahan ini.
"Paling penting kita tengok keperluan yang utamanya pembinaan tapak perkhemahan, mungkin dari segi penempatan kabin, pembinaan jambatan gantung, pembinaan tandas atau kemudahan lain hingga soal keselamatan dari segi papan tanda atau penunjuk arah. Kita akan tengok keseluruhan.
“Kalau kita tengok, Gunung Tahan ini memiliki potensi besar, sayang kalau kita tidak bangunkan sepenuhnya dan demikian hasrat daripada Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan 2025,” katanya pada Khamis.
Tambah beliau, selain daripada kemudahan penginapan dan keselamatan, pihaknya turut meninjau capaian komunikasi di laluan sejauh 87 kilometer berkenaan.
“Dalam ekspedisi ini perkara tersebut (capaian internet dan komunikasi) juga akan diambil kira. Jadi mungkin kemudahan repeater dan sebagainya.
“Saya selaku exco bertanggungjawab dalam komunikasi dan multimedia akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia,” katanya.
Tambah beliau, hasil penelitian ekspedisi gunung berketinggian 2,187 meter yang dijangka berakhir pada 9 Oktober ini akan dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah bagi tindakan seterusnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelepasan Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan 2025 melibatkan 54 peserta mewakili 20 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Taman Negara Pahang, Sungai Relau.

#Gunung Tahan
#Taman Negara
#Sultan Pahang
#Majlis Rekreasi Pahang
#ekspedisi
#Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan 2025