awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksperimen sosial makan di kedai: Polis tahan dua suspek

Bernama
Bernama
24/08/2021
05:10 MYT
Eksperimen sosial makan di kedai: Polis tahan dua suspek
Menurut Shamsul, kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu ditahan polis di kawasan Bandar Putera 2, Klang pada 5 petang semalam. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis Klang Selatan menahan seorang lelaki dan seorang wanita susulan tular satu kenyataan di Facebook berkenaan satu eksperimen sosial yang dilakukan iaitu masuk ke beberapa kedai dan makan di kedai makan walaupun belum mendapat suntikan dua dos vaksin COVID-19.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya menerima aduan berkaitan satu kenyataan pemilik akaun Facebook bernama Mujaheeda Soleha, yang menceritakan tentang eksperimen sosial beliau masuk ke beberapa kedai dan gambar makan di dalam kedai bersama anak dan suami walaupun belum mendapatkan dua dos suntikan vaksin.
"Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu ditahan polis di kawasan Bandar Putera 2, Klang dekat sini pada 5 petang semalam.
Shamsul Amar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.
"Orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eksperimen sosial
#Kedai makan
#SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan