awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksploitasi kanak-kanak: Kerajaan pertimbang pinda akta ketinggalan zaman

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/04/2019
03:41 MYT
Eksploitasi kanak-kanak: Kerajaan pertimbang pinda akta ketinggalan zaman
HANNAH: Memang Akta Kanak-Kanak mempunyai peruntukan untuk tindakan diambil, namun kita mempunyai kekangan sedia ada. -Gambar fail
Kerajaan akan meneliti semula beberapa peruntukan undang-undang dan akta sedia ada dalam memastikan isu eksploitasi kanak-kanak dapat ditangani secara holistik.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh akui pihaknya menghadapi kekangan dalam melakukan pendakwaan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti tersebut.
“Memang Akta Kanak-Kanak mempunyai peruntukan untuk tindakan diambil, namun kita mempunyai kekangan sedia ada dan kita tahu masalah wujud dalam sistem tersebut.
“Jadi kita akan berbincang semula dengan beberapa kementerian dan agensi terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia bukan sahaja Akta Kanak-Kanak perlu dilihat semula, tetapi juga dalam aspek yang lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang bertanyakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meminda beberapa akta berkaitan eksploitasi kanak-kanak.
Mengulas lanjut berkenaan operasi yang dilakukan, Hannah Yeoh berkata seringkali pihaknya hanya mampu memberi amaran kepada mereka yang melakukan aktiviti eksploitasi tersebut.
“Akta Orang Papa 1977 sudah ketinggalan zaman, satu lagi adalah Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947.
“Jadi kalau kita lihat, memang ada kekurangan dalam sistem sekarang di mana bila kita keluar operasi dan ambil kanak-kanak ini, kebanyakan kes kita hanya mampu beri amaran kepada mereka supaya jangan melakukannya sekali lagi.
“Sebaliknya mereka akan keluar balik, pulang semula ke jalan berlainan untuk kutip derma menggunakan kanak-kanak,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Akta Kanak-Kanak
#Akta Orang Papa
#Akta Pungutan Rumah ke Rumah
#Dewan Rakyat
#eksploitasi kanak-kanak
#Hannah Yeoh
#KDN
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan