awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekstrak REE: Badan kerajaan, swasta dinasihat rujuk Nuklear Malaysia

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/09/2023
03:09 MYT
Ekstrak REE: Badan kerajaan, swasta dinasihat rujuk Nuklear Malaysia
Chang Lih Kang berkata, Nuklear Malaysia menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan berkaitan nadir bumi dalam sektor huluan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Badan Kerajaan atau swasta yang terlibat dalam industri nadir bumi dinasihat untuk merujuk kepada Nuklear Malaysia bagi mendapatkan khidmat nasihat atau kepakaran dalam aktiviti pemprosesan dan pengekstrakan unsur nadir bumi dalam negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, Nuklear Malaysia menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan berkaitan nadir bumi dalam sektor huluan.
Menurutnya, ia melibatkan kajian keberadaan dan eksplorasi sumber serta sektor pertengahan melibatkan proses ekstraksi, pemisahan dan penulenan.
“Antara fasiliti yang tersedia di Nuklear Malaysia adalah melibatkan, Loji Perintis Pemprosesan Bahan Mineral, Makmal Pemprosesan Nadir Bumi dan Makmal Analisis dan Pencirian.
“Nuklear Malaysia turut membangunkan tatacara pengendalian piawai (SOP) di skala R&D makmal dalam aktiviti pemprosesan dan pengekstrakan unsur nadir bumi daripada sumber mineral tempatan seperti monazite, xenotime dan ilmenite,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) melibatkan kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan untuk penggunan tenaga nuklear dalam Malaysia.
Begitupun, katanya, Nuklear Malaysia telah bersedia dalam aspek teknikal dan keupayaan sumber manusia dan kini sedang mempergiatkan manfaat penggunaan teknologi nuklear secara aman.
Topic Berkaitan
#nadir bumi
#REE
#Dewan Rakyat
#MOSTI
#Chang Lih Kang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan