awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Nino beri cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2024
10:20 MYT
El Nino beri cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah
Jeffrey memaklumkan, Kementeriannya sedang giat melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan buruk dan memastikan daya tahan sistem pengeluaran keselamatan makanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Fenomena El Nino, memberi cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah.
Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, kekurangan taburan hujan dan peningkatan suhu telah menyebabkan paras air sungai berkurangan antara 10 peratus dan 40 peratus daripada paras biasa, memberi kesan kepada aktiviti pertanian, ternakan, akuakultur dan pengeluaran getah.
Dalam satu kenyataan, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, beliau telah meminta laporan daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementeriannya, untuk menilai keadaan dan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan bagi mengurangkan kesan buruk fenomena itu.
Katanya, penilaian menyeluruh yang dikumpulkan menunjukkan cuaca kering telah memberi kesan ketara kepada sektor pertanian dalam pelbagai cara.
Ini termasuk penurunan paras air untuk pengairan, menghalang pertumbuhan tanaman akibat penurunan hujan, dan potensi risiko penurunan produktiviti ternakan akibat kekurangan makanan,
Beliau memberi amaran bahawa keadaan itu serius dan memerlukan perhatian segera dan berterusan.
Jeffrey memaklumkan, Kementeriannya sedang giat melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan buruk dan memastikan daya tahan sistem pengeluaran keselamatan makanan.
Berdasarkan dapatan Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) Sabah, antara kawasan yang paras air sungainya kritikal termasuk Kota Belud, Keningau, Membakut, Tambunan dan Kota Marudu.
Sementara itu, berkaitan pengeluaran makanan, JPS mendapati fenomena El Nino telah menyebabkan penurunan hujan (sekitar 80mm pada Januari dan Februari 2024), memberi kesan buruk kepada agronomi tanaman dan pengurusan tanah.
Setakat ini, Papar mencatat ketinggian suhu 34 darjah Celcius dan Kota Kinabalu (31 darjah Celcius), antara lain.
Topic Berkaitan
#El Nino
#Jefffrey Kitingan
#Jabatan Saliran dan Pengairan Sabah
#musim panas melampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan