awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak anjing, kereta nyaris masuk Tasik Putrajaya

Bernama
Bernama
17/03/2022
08:55 MYT
Elak anjing, kereta nyaris masuk Tasik Putrajaya
Kereta itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh pokok serta pagar di tasik, sebelum terhenti dengan sedikit bahagian hadapan kereta memasuki tasik. - Gambar/ Media sosial
CYBERJAYA: Akibat mengelak anjing, kereta yang dipandu seorang pelajar nyaris terbabas ke dalam Tasik Putrajaya di Jalan Persiaran Tasik Cyberjaya di sini awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, pemuda berusia 21 tahun yang memandu kereta Toyota Vios berwarna putih dipercayai hilang kawalan dan merempuh pokok serta pagar di tasik, sebelum terhenti dengan sedikit bahagian hadapan kereta memasuki tasik, selepas cuba mengelak anjing yang melintas secara tiba-tiba.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi hari ini berkata lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta dipandunya merupakan kereta sewa syarikat SOCAR Mobility Malaysia (SOCAR).
Beliau berkata pemandu kereta terbabit juga memiliki lesen memandu yang sah dan pemandu tersebut telah menghubungi pihak SOCAR untuk menguruskan kenderaan itu agar ditunda ke cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik yang beriadah di Tasik Putrajaya hari ini turut berkongsi beberapa keping gambar berhubung kemalangan tersebut di laman Facebook rasminya.
"Tragedi pagi hari di Tasik Cyberjaya/Putrajaya. Semoga mangsa selamat," kata bekas menteri pendidikan yang berada di lokasi kemalangan ketika sedang berbasikal di kawasan tasik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Tasik Putrajaya
#anjing
#Persiaran Tasik Cyberjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan