awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2023
11:40 MYT
Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi
Asyraf berkata, prinsip mudah untuk melabur perlu mengelakkan diri daripada berhutang supaya tidak terbeban dengan isu kewangan.- Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada berhutang untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) susulan kadar dividen yang semakin menyusut.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembiayaan terkini ASB sekitar 4.7 peratus dan peningkatan itu bergantung kepada keadaan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
“Jangan sesekali berhutang untuk melabur sedangkan dividen ASB sekitar 4.6 peratus sahaja dan jumlah ini makin menyusut setiap tahun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, prinsip mudah untuk melabur perlu mengelakkan diri daripada berhutang supaya tidak terbeban dengan isu kewangan.
Ujarnya, jarang sekali keuntungan mampu berkekalan jika pelaburan dijana daripada sumber berhutang.
“Ketika menjadi Pengerusi Syariah dan Lembaga Pengarah sebuah bank komersil tempatan dahulu, saya tidak pernah membenarkan bank menawarkan produk pembiayaan bagi tujuan pelaburan ASB,” jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#ASB
#berhutang
#pengerusi MARA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan