KUALA LUMPUR : Persediaan logistik termasuk bantuan di lokasi bencana akan dapat mengurangkan nilai kerugian negara akibat banjir bagi jangka masa pendek.
Dalam masa sama, pakar air, tenaga, iklim dan pengurangan risiko bencana Prof Dr Luqman Chuah Abdullah berkata, kerjasama erat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah dalam berkongsi sumber maklumat mampu mengurangkan impak banjir.
"Langkah itu termasuk melakukan pemindahan penduduk daripada kawasan banjir. Ini bukan perkara baharu di luar negara.
"Kita di Malaysia, tidak pernah fikir untuk memindahkan penduduk yang sering dilanda banjir untuk (menduduki) kawasan lain, sebab melibatkan banyak faktor.
"Kalau melihat kepada perancangan bandar Amsterdam, mereka memindahkan penduduk ke kawasan tidak diancam banjir.
"Ia tidak boleh dilakukan di Malaysia disebabkan faktor sentimental, ekonomi, warisan dan sebagainya," katanya semasa program Agenda AWANI pada Isnin.
Untuk jangka masa panjang pula, jelas Luqman, kerajaan perlu berusaha mencegah aktiviti pembalakan haram dan projek pembangunan yang tidak sesuai bagi mengelak berlakunya banjir.
"Itulah punca berlaku banjir. Pembalakan haram, projek yang tidak sesuai, yang sebabkan kawasan itu sering banjir.
"Usaha daripada kerajaan negeri dan persekutuan perlu diperkuat untuk mengelak masalah tersebut. Perubahan iklim bukan berlaku semulajadi, kebanyakannya sebab faktor manusia itu sendiri," ujarnya.
Luqman berkata, Malaysia mempunyai banyak polisi dan perancangan terhadap bencana banjir, namun dari segi pelaksanaannya, beliau melihat ia mungkin berkesan pada peringkat awal tetapi diambil ringan pada akhirnya.
"Banyak polisi kerajaan pada permulaannya agak bagus, tetapi pada pertengahan, dan akhiran, polisi itu agak hilang fokus," tambahnya.
Turut dibangkitkan, isu peruntukan yang menurut Luqman dibelanjakan pada yang tidak bertepatan,
Katanya, peruntukan untuk banjir sepatutnya digunakan untuk memperkuat sistem amaran awal banjir, selain memperkukuh pengurusan kawasan banjir.
"Kadang-kadang kita belanja (untuk banjir) tidak pada tempatnya. Itu masalahnya. Kewangan itu dibazirkan begitu. Jadi, sama ada cukup atau tidak (peruntukan) itu bergantung kepada pengurus (bencana) itu," katanya.
Justeru, Luqman mencadangkan agar kerajaan mengadakan perbincangan meja bulat dengan pakar dalam pelbagai bidang bagi membelanjakan peruntukan banjir dengan sebaiknya supaya masalah berkaitan bencana itu dapat diselesaikan lebih awal.
Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan jumlah kerugian akibat banjir di seluruh negara bernilai RM6.1 bilion bagi tahun 2022.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 07 2023
Persediaan logistik termasuk bantuan di lokasi bencana akan dapat mengurangkan nilai kerugian negara akibat banjir bagi jangka masa pendek. - Gambar hiasan
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.