Elak layari laman web palsu THiJARI - TH

Bernama
November 15, 2023 03:37 MYT
Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan, kata TH. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).
Sehubungan itu, TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer dan hanya melayari alamat laman web yang betul.
"THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya.
"Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan," menurut hantaran itu.
Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji.
-- BERNAMA
#Tabung Haji #laman palsu #THiJARI #TH