Elakkan budaya kerja pantas hanya kerana isu viral - Fadhlina

Fadhlina (tengah) bersama pihak pentadbir sekolah, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, pasukan Jabatan Kerja Raya dan bahagian Pembangunan KPM ketika melakukan tinjauan di SMK Bandar Seri Putera, Bangi pada 10 Jan. - Gambar Facebook Fadhlina.
KUALA LUMPUR: Kakitangan Kementerian Pendidikan (KPM) diseru untuk bertindak pantas terhadap aduan rakyat tanpa menunggu isu tersebut menjadi tular.
Ringkasan AI
- Kakitangan Kementerian Pendidikan (KPM) diseru bertindak pantas menangani aduan rakyat tanpa menunggu viralnya isu tersebut, kata Menteri Fadhlina Sidek.
- Disiplin kerja pentadbir sekolah, PPD, dan JPN perlu diubah; KPM akan tambah 10 bilik darjah menggunakan kaedah IBS di SMK Bandar Seri Putera, Bangi.
- Rungutan ibu bapa tentang kepadatan pelajar dalam bilik darjah di Bandar Seri Putra; Ahli Parlimen Hulu Langat harapkan pembinaan sekolah baru untuk atasi masalah tersebut.
Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putera di Bangi pada Sabtu, yang menghadapi isu jumlah kepadatan pelajar yang tinggi.
Teguran itu disasarkan kepada kerja pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Fadhlina turut memaklumkan, KPM akan membina 10 bilik darjah tambahan menggunakan kaedah sistem binaan berindustri (IBS) untuk menampung kepadatan jumlah pelajar di sekolah tersebut.
Katanya, langkah tersebut adalah penyelesaian jangka pendek dan sederhana yang diambil oleh pihak kementerian setelah mengadakan tinjauan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bahagian Pembangunan KPM.
“Pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS telah terbukti efektif kerana ia dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat,” katanya.
Fadhlina memaklumkan ,KPM turut merancang membina bangunan tambahan dua tingkat menggunakan kaedah sama di sekolah tersebut serta beberapa sekolah lain yang mengalami masalah sama.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan turut menyatakan rungutan dalam kalangan ibu bapa mengenai keadaan bilik darjah yang menempatkan 60 pelajar dalam sebuah kelas.
Beliau turut berharap agar sekolah ketiga dapat dibina bagi menempatkan pelajar yang tinggal di Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota.
Untuk rekod kawasan tersebut yang terletak hampir 30 kilometer dari ibu kota itu sedang mengalami pembangunan pesat dengan beberapa buah projek perumahan juga sedang dibangunkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


