awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
29/11/2023
07:27 MYT
Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap semasa merasmikan Persidangan PEDi Madani 2023 di Putrajaya pada Rabu.
PUTRAJAYA: Elaun bagi pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dinaikkan sebanyak RM500.
Kenaikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Persidangan PEDi Madani 2023 di Putrajaya pada Rabu.
Menurutnya, elaun pengurus dinaikkan dari RM2,000 ke RM2,500 manakala elaun penolong pengurus dinaikkan kepada RM2,000, berbanding RM1,500 sebelum ini.
Begitupun, beliau memberi ‘tugas tambahan’ kepada 1,322 pegawai terlibat di seluruh negara iaitu mereka perlu memantau dan memberikan laporan kepada kerajaan berhubung operasi di PEDi.
“Betul setuju untuk saya tambah tugas di PEDi ini? Kalau setuju, kita tingkatkan daripada RM2,000 naik kepada RM2,500 untuk pengurus, dan kepada penolong, dari RM1,500 naik kepada RM2,000.
“Fahmi kata mulai bulan Januari tahun depan. Cadangan awal saya umumkan mulai April tapi bila tengok saudara semangat begitu baik, komitmen begitu baik... nampak anda semua bijak, pandai menawan hati saya.
“Terima kasih banyak, saya doakan mudah-mudahan, kalau anak-anak muda begini, ada disiplin, nilai, akhlak, faham tanggungjawab bersama bahawa dunia ini bukan untuk mencari harta dan kekayaan, dunia juga untuk berkhidmat, ada ihsan,” katanya.
Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching.
Sementara itu, Fahmi ketika berucap sebelum itu berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menggembleng tenaga bagi membolehkan para usahawan mendapat pensijilan halal.
Menurutnya, usaha itu telah bermula di Melaka dan selepas ini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain agar usahawan makanan PEDi turut mendapat pensijilan halal.
Dalam ucapannya, Fahmi turut berkongsi kejayaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Shopee dan kakitangan PEDi mencapai sasaran untuk membantu 7,000 usahawan mendigitalkan perniagaan menerusi platform Shopee.
Ia melibatkan nilai jualan sebanyak RM15.7 juta dan sehingga kini, sejumlah RM55.4 juta nilai jualan telah dicapai melalui inisiatif digitalisasi usahawan sejak 2021, katanya.
Katanya lagi, MCMC juga telah menjalankan kajian impak PEDi bagi menilai keberkesanan PEDi.
“Ini adalah dapatannya... pertama, kadar penggunaan aktif sebanyak 94 peratus…ini menunjukkan kesetiaan pengguna terhadap PEDi.
“Kedua, tahap kesedaran masyarakat terhadap PEDi adalah tinggi dan 89 peratus responden telah memberi maklum balas positif terhadap perkhidmatan serta program yang ditawarkan.
“Ketiga, Net Promoter Score menunjukkan 70 peratus daripada responden yang menggunakan PEDi akan menggalakkan orang ramai untuk berkunjung ke PEDi,” ujarnya.
Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Topic Berkaitan
#Pusat Ekonomi Digital Negara
#PEDi
#Anwar Ibrahim
#kenaikan elaun
#pengurus PEDi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan