TANGKAK: Perdana Menteri mengumumkan bayaran saguhati sukarelawan kesihatan yang bertugas di lapangan termasuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dinaikkan daripada RM50 kepada RM100, bermula bulan ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 19,000 sukarelawan di seluruh negara.
“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula kadar bayaran kepada sukarelawan ini, supaya dapat ditambah jumlahnya dan bilangan penerima juga diperluas secepat mungkin.
“Jadi kerajaan bersetuju bayaran saguhati ini ditingkatkan kepada sukarelawan yang bertugas melebihi 12 jam sehari bermula Jun ini, yang melibatkan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM180 juta,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPV Dewan Muafakat Johor Bukit Gambir di sini, hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, kenaikan elaun berkenaan merupakan pengiktirafan kerajaan kepada jasa dan sumbangan golongan itu yang antara lain bertungkus lumus berusaha memastikan rakyat Malaysia dapat menerima suntikan vaksin dengan teratur dan cepat.
Dalam pada itu ujarnya, bagi memenuhi aspirasi Pelan Pemulihan Negara, kerajaan juga telah memutuskan bahawa PPV di seluruh negara akan mula beroperasi tujuh hari seminggu dengan masa operasi dilanjutkan.
“Keputusan ini selaras untuk membuktikan keseriusan kerajaan dalam meningkatkan kadar vaksinasi di seluruh negara yang terus menerus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan setiap hari.
“Pada Julai dan Ogos ini bekalan vaksin yang diterima akan meningkat lebih kurang 16 juta dos dan penerima vaksin juga bakal bertambah daripada hampir 250,000 sehari kepada 400,000 sehari berdasarkan penyampaian vaksin yang kita sudah tempah,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jun 22 2021
Muhyiddin berkata, kenaikan elaun itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 19,000 sukarelawan di seluruh negara. - Gambar/ Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Elaun sukarelawan kesihatan di PPV, PKRC dinaik kepada RM100 sehari - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan itu akan memberi manfaat kira-kira 19,000 sukarelawan di seluruh negara.