Skip to main content

Malaysia

Elektrik terputus, cikgu terpaksa mengajar di kaki lima sekolah

51490966534_SekolahMelaka.jpg
Akibat terputus bekalan elektrik sejak seminggu lalu,  sebahagian cikgu di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka terpaksa mengambil inisiatif mengajar  di kaki lima sekolah.

Tindakan itu dilakukan kerana keadaan kelas yang panas berikutan kipas elektrik tidak dapat dihidupkan.

Menurut Guru Besar sekolah terbabit, Jabarali Latheff, bekalan elektrik terputus ekoran kejadian litar pintas di kotak fius utama 27 Mac lalu.

Sejak itu, cikgu dan murid terpaksa  menggunakan buku dan kertas untuk mengipas badan mereka.

Murid juga dibenarkan memakai kemeja T dan seluar sukan bagi mengurangkan kepanasan.


Pihak Pejabat Pendidikan Negeri ketika dihubungi memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Advertisement

Must Watch Video