Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya terdapat akta baharu menggantikan Akta Hasutan 1948 nanti, elemen-elemen tertentu yang termaktub di dalam Akta Hasutan tetap dikekalkan.
Katanya tidak semestinya jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta baharu, semua elemen di dalamnya akan turut dimansuhkan.
"Kita tahu kerajaan sudah umumkan Akta Keharmonian Nasional akan diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 dan harus kita ketahui tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menggantikan Akta Hasutan ini bukanlah untuk menghapuskan semua elemen di dalam akta ini.
"Sebaliknya apa yang akan dilakukan adalah mungkin memperkukuhkan beberapa klausa yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan dengan situasi semasa dan perkukuhkan ia di dalam Akta Keharmonian Nasional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuantan di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata sehingga kini belum ada sebarang draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang dirangka untuk menggantikan Akta Hasutan 1948.
"Ia (Akta Keharmonian Nasional) hanya satu rancangan kerajaan seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, tetapi jika desakan akar umbi contohnya melalui mesyuarat di cawangan atau bahagian Umno yang memperlihatkan rasa tidak puas hati jika Akta Hasutan digantikan, kita akan ambil kira maklum balas ini.
"Setakat ini, perkara ini belum muktamad dan Perdana Menteri pun nak dengar suara rakyat dalam perkara ini sebelum ia menjadi draf yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan dijadikan sebagai satu akta baharu yang akan dibawa ke sidang Parlimen," katanya.
Bernama
Sun Sep 07 2014
Ahmad Zahid berkata sekiranya terdapat akta baharu menggantikan Akta Hasutan 1948 nanti, elemen tertentu dalam Akta Hasutan tetap dkekalkan.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Kerosakan jalan, cerun dianggar bernilai RM312.1 juta
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, kerosakan jalan raya dan cerun akibat banjir susulan gelombang Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara dianggarkan berjumlah RM312.1 juta.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.