Pembuktian mana-mana kenyataan berbaur hasutan dan fitnah di dalam dan luar media sosial merupakan antara perkara yang akan diperhalusi dalam usaha memperkasa Akta Hasutan 1948.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata faktor pembuktian termasuk bagi kes yang dibawa ke mahkamah perlu diambil kira memandangkan banyak pengguna media sosial menggunakan nama samaran atau identiti palsu.
"Ada cadangan untuk daftar (identiti) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Secara logik ia boleh dilakukan tetapi dari segi teknikal memang (ada) cabaran sebab ada individu mendaftarkan diri sebagai pengguna laman sosial Facebook umpamanya, di luar negara.
"Malah Facebook bukan berdaftar di bawah SKMM. Masyarakat kena faham perkara ini," katanya selepas melancarkan pengenalan filem 3D Animasi 'AMUZ Space Series for Kidz' di sini hari ini yang turut dihadiri angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Beliau menarik perhatian bahawa pendaftaran bagi pengguna Facebook ketika ini tidak memerlukan mereka berkongsi maklumat seperti alamat dan sebagainya, dan ini menjurus kepada kesukaran membuktikan identiti pihak yang menyalah guna laman sosial itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan bahawa Akta Hasutan dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memperkukuhkannya supaya relevan dengan perkembangan zaman.
Jelas Ahmad Shabery, adalah menjadi cabaran besar kepada mana-mana negara termasuk di Eropah bagi membuktikan seseorang pengguna media sosial itu telah melakukan kesalahan memfitnah dan menghasut.
Beliau berkata sehingga kini, kebanyakan negara termasuk Malaysia sukar mencari jawapan dalam membuktikan kesalahan melibatkan pengguna media sosial.
"Mungkin pilihan lain adalah kerjasama dengan Facebook, Twitter dan sebagainya seperti pendaftaran IP address yang membolehkan kerja forensik mengesan mereka yang bersalah dapat dibuat," katanya.
Ahmad Shabery seterusnya menjelaskan bahawa pindaan akta itu perlu menunggu peruntukan baharu yang akan dibuat Pejabat Peguam Negara termasuk keperluan mengemas kini Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersesuaian dengan peredaran zaman dan teknologi masa kini.
Terdahulu, Ahmad Shabery berkata filem animasi itu antara usaha yang perlu diberi perhatian kerana berjaya mendapatkan kerjasama syarikat antarabangsa selain mengetengahkan produk keluaran anak tempatan.
Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dijangka akan meneliti permohonan bajet pembikinan filem itu yang memerlukan modal dan sokongan untuk dikembangkan dan dihasilkan dengan lebih berkualiti dan menarik.
Dr Sheikh Muszaphar, yang mengilhamkan projek animasi itu, berkata ia berkisar mengenai pengalamannya di angkasa lepas, fakta mengenai planet, sistem solar dan sebagainya bagi menarik minat generasi muda mencintai sains dan astronomi.
Bernama
Tue Dec 02 2014
SHABERY : Faktor pembuktian termasuk bagi kes yang dibawa ke mahkamah perlu diambil kira memandangkan banyak pengguna media sosial menggunakan nama samaran atau identiti palsu. - Gambar fail
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Kempen boikot minyak sawit perlu ditangani secara bijak - Ahmad Shabery
Kempen Negara Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit perlu ditangani segera secara bijak bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.
Shabery cabar LPP wujud produk 'juara' dunia
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dicabar wujudkan produk 'juara dunia' sebagai langkah membuka laluan produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
Banjir di Terengganu terus beransur pulih
Terengganu terus menunjukkan penurunan apabila tinggal 2,489 mangsa daripada 657 keluarga sahaja ditempatkan di 32 pusat pemindahan di seluruh negeri itu setakat jam enam petang Khamis.
Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi MAHA yang terletak di MAEPS tahun depan.
Kehidupan nelayan kini jauh lebih baik
Husin yang sudah lebih 40 tahun menjadi nelayan, berkata kehidupan nelayan sekarang jauh berbeza berbanding dahulu yang serba kekurangan dan hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata.
Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia
Negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar.
Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan
Pembuktian mana-mana kenyataan berbaur hasutan dan fitnah di dalam dan luar media sosial merupakan antara perkara yang akan diperhalusi dalam usaha memperkasa Akta Hasutan 1948.
Sekretariat kekal ditubuh semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekretariat itu akan dibuka sepanjang tahun kerana sambutan kemerdekaan akan membabitkan banyak pihak.
Lagu Negaraku sebelum tayangan filem sempena Merdeka
Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
Shabery Cheek diajak berdebat dengan Rafizi di Kuala Besut
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.