awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elemen provokasi gugat ketenteraman negara - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2021
04:47 MYT
Elemen provokasi gugat ketenteraman negara - Penganalisis
NOOR NIRWANDY: Gunakan media sosial sebagai benteng pertahanan negara dan jadilah askar alam maya bersemangat patriotisme yang tinggi dan terus memberi cadangan membina kepada kepimpinan negara. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir pihak melakukan cubaan provokasi dengan mengajak mengibarkan bendera tertentu sebagai tanda protes kepada kerajaan dan mengajak rakyat berhimpun di jalanan boleh mengganggu gugat ketenteraman negara.
Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, langkah yang disifatkan sebagai elemen simbolisme itu boleh mencetuskan ketakutan dan kegentaran awam.
Elemen itu juga, katanya, berkecenderungan mewujudkan budaya demonstrasi dan menimbulkan hasutan kepada masyarakat awam.
"Ia perlu disiasat dan diambil perhatian serius kerana ini negara berdaulat dan kita tidak mahu budaya pemberontakan serta subversif cuba diwujudkan di dalam negara.
"Kewujudan anasir luar juga perlu disiasat kerana budaya pemberontakan akan diambil kesempatan oleh golongan tertentu untuk menjejaskan keharmonian negara.
"Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan elemen simbolisme terpilih yang merupakan kaedah utama digunakan untuk mencetuskan keganasan seperti yang telah terjadi di negara-negara luar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, kata Noor Nirwandy, semua pihak tertakluk kepada akta dan undang-undang dalam mencegah keganasan dalam negara.
"Kita perlu terus fokus dan memastikan pemulihan negara dalam pandemik COVID-19 berjaya dilakukan secara kolektif dan bersama.
"Gunakan media sosial sebagai benteng pertahanan negara dan jadilah askar alam maya bersemangat patriotisme yang tinggi dan terus memberi cadangan membina kepada kepimpinan negara seperti mana berjayanya rakyat mendesak pelaksanaan moratorium dan pakej rangsangan berkepentingan rakyat yang lain dari kerajaan.
"Kebersamaan dan keamanan negara adalah elemen utama dalam mempertahankan negara dari segala ancaman berkaitan pandemik COVID-19 dan cubaan terancang anasir berkepentingan tertentu menggunakan rakyat dengan kaedah propanganda subversif melalui simbol-simbol tertentu perlu ditangani dan dihentikan kerana ia akan memudaratkan negara secara keseluruhan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#Moratorium
#provokasi
#bendera
#rakyat
#Noor Nirwandy Mat Noordin
#elemen simbolisme
#media sosial
#keganasan
#pemulihan
#demonstrasi
#ketakutan
#kegentaran awam
#askar alam maya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan