GADGETS

ElevenLabs tawar suara Michael Caine, McConaughey untuk projek AI

Astro Awani 14/11/2025 | 05:15 MYT
Teknologi ElevenLabs membolehkan pengguna menghasilkan audio menggunakan suara narator Michael Caine (foto) dan Matthew McConaughey melalui sistem kecerdasan buatan generatif. -Foto Amanz
JIKA anda pernah berimpian menghasilkan video dengan suara narator pelakon terkemuka Michael Caine dan Matthew McConaughey, kini ia boleh direalisasikan melalui teknologi ElevenLabs.


Ringkasan AI
  • Teknologi ElevenLabs membolehkan pengguna menghasilkan audio menggunakan suara narator Michael Caine dan Matthew McConaughey melalui sistem kecerdasan buatan generatif.
  • Pelakon Matthew McConaughey turut melabur dalam ElevenLabs dan akan menggunakan teknologi ini untuk menghasilkan audio bahasa Sepanyol bagi projeknya, Lyrics of Livin'.
  • ElevenLabs memperkenalkan Iconic Marketplace yang membolehkan pengguna membayar untuk menggunakan suara selebriti terkemuka seperti Michael Caine, Judy Garland, dan lain-lain untuk pelbagai projek audio.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kedua-dua pelakon ini bersetuju membenarkan suara mereka digunakan untuk menjana audio menerusi sistem kecerdasan buatan (AI) generatif.

Matthew McConaughey turut melabur dalam ElevenLabs, namun jumlah pelaburan tidak didedahkan. Beliau akan menggunakan teknologi itu bagi menjana audio bahasa Sepanyol untuk buletin Lyrics of Livin' miliknya.

Serentak dengan pengumuman ini, ElevenLabs memperkenalkan Iconic Marketplace yang membolehkan pengguna membayar untuk menjana audio selebriti terkemuka bagi pelbagai projek.

Antara suara yang ditawarkan ketika ini ialah Michael Caine, Liza Minnelli, Art Garfunkel, Shoeless Joe Jackson, Judy Garland, John Wayne, Bettie Page, Burt Reynolds, Maya Angelou, Richard Feynman, Laurence Olivier, Amelia Earhart, Babe Ruth, Mark Twain, Ty Cobb, Jack Dempsey, Rocky Marciano, Al Joyner, Johnny Weissmuller, Jim Thorpe, Thomas Edison, Jean Harlow, Lana Turner, Mickey Rooney, Montgomery Clift, Alan Turing, J. Robert Oppenheimer dan Rock Hudson. -Amanz








Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah pelakon terkemuka yang bersetuju membenarkan suara mereka digunakan untuk menjana audio melalui teknologi ElevenLabs?
    A: Michael Caine dan Matthew McConaughey.
  • Q: Apakah tujuan penggunaan teknologi ElevenLabs yang melibatkan suara pelakon tersebut?
    A: Untuk menjana audio menerusi sistem kecerdasan buatan (AI) generatif.
  • Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Iconic Marketplace yang diperkenalkan oleh ElevenLabs?
    A: Platform yang membolehkan pengguna membayar untuk menjana audio selebriti terkemuka bagi pelbagai projek.
  • Q: Siapakah pelakon yang akan menggunakan teknologi ElevenLabs untuk menjana audio bahasa Sepanyol untuk buletin Lyrics of Livin' miliknya?
    A: Matthew McConaughey.
  • Q: Apakah nama-nama selebriti terkemuka yang suara mereka ditawarkan dalam Iconic Marketplace ElevenLabs?
    A: Michael Caine, Liza Minnelli, Art Garfunkel, dan banyak lagi.



#AI Generatif #ElevenLabs #Michael Caine #Matthew McConaughey