awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elok Sanusi fokus tugas sebagai Menteri Besar Kedah - Fahmi

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
06/01/2024
03:28 MYT
Elok Sanusi fokus tugas sebagai Menteri Besar Kedah - Fahmi
Fahmi Fadzil (kanan) menasihati Muhammad Sanusi Md Nor agar berhenti berkaraoke di tengah malam dan selesaikan pelbagai isu di negeri Kedah daripada bercakap mengenai Langkah Dubai.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seharusnya memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai seorang Menteri Besar sebelum bercakap mengenai rancangan menukar kerajaan, bidas jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.
Dalam masa sama, Menteri Komunikasi itu menegaskan, ada baiknya Sanusi memberikan fokus kepada permasalahan dan isu-isu penting membabitkan negeri Kedah seperti perkembangaan litar lumba, skandal Sumber Nadir Bumi (REE) dan masalah dalaman yang menyelebungi Kelab Bola Sepak Kedah baru-baru ini.
"Sebelum dia bercakap tentang ‘Dubai Move’, tanya dia apa yang berlaku kepada litar perlumbaan di Kedah?
"Saya rasa dia perlu mengubah pendekatan daripada mengulas perkara ini. Mungkin, dia harus berhenti melakukan karaoke tengah malam dengan wanita yang tidak dikenali (di TikTok secara langsung) dan fokus untuk mentadbir negerinya.
"Saya rasa dia ada banyak lagi masalah; dia Menteri Besar, bukan ahli Parlimen (MP). Mari kita semua fokus pada tugas masing-masing," kata Fahmi pada sidang media selepas menghadiri jualan komuniti ‘Jualan Termurah Demi Rakyat’, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian ketika sebagai mengulas kenyataan Sanusi yang mendawak 'Langkah Dubai' akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Sebelum ini, Sanusi turut mengesahkan terdapat langkah Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan kerajaan Madani melalui proses demokrasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata langkah itu direka bentuk berdasarkan kelemahan dalam undang-undang Anti Lompat Parti yang digunakan oleh kerajaan Madani untuk menarik sokongan lima Ahli Parlimen daripada PN.
Topic Berkaitan
#Langkah Dubai
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Fahmi Fadzil
#Dubai Move
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan