GADGETS

Elon Musk akan tambah sokongan pengiklanan pada respons dihasilkan Grok AI

Amanz 08/08/2025 | 06:15 MYT
Grok dilatih menggunakan data masa nyata dari platform X, memberikan kelebihan dalam menyampaikan maklumat semasa kepada pengguna. -Amanz
ELON Musk sedia mempunyai syarikat memfokuskan kecerdasan buatan, dinamakan xAI. Ia mengoperasikan bot kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan Grok.


Ringkasan AI
  • Elon Musk mengesahkan Grok, AI ciptaan syarikat xAI, akan mula menjana pendapatan melalui integrasi pengiklanan.
  • Grok dilatih menggunakan data masa nyata dari platform X, memberikan kelebihan dalam menyampaikan maklumat semasa kepada pengguna.
  • Pengiklanan akan disasarkan berdasarkan pertanyaan pengguna, namun tarikh pelancaran ciri ini masih belum diumumkan.


Grok dilatih menggunakan data masa-nyata X, sekali gus memberikan ia kelebihan data semasa yang terkini berbanding pelbagai penyedia perkhidmatan lain.

Terbaharu, berkongsi mengenainya, Elon Musk mengatakan selama ini mereka telah memfokuskan dalam menjadikan Grok sebuah kecerdasan buatan janaan yang pintar dan memberikan maklumat tepat kepada pengguna.

Bergerak ke hadapan, mereka turut sedang memfokuskan kepada menjana pendapatan melaluinya.

Salah satu langkah yang sedang dilihat adalah melalui integrasi pengiklanan pada Grok.

Elon Musk mengatakan ramai sedia bertanyakan penyelesaian kepada sesuatu masalah kepada Grok, dan sesuatu produk boleh dipasarkan terus kepada pengguna yang inginkan penyelesaian berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak dinyatakan lagi bilakah ciri pengiklanan baharu ini akan diperkenalkan, dan bagaimanakah reaksi pengguna terhadapnya kelak. -Amanz




#Elon Musk #Grok #xAI #integrasi pengiklanan