GADGETS

Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion

Amanz 05/02/2026 | 04:00 MYT
Kekayaan peribadi Musk (foto) kini melebihi gabungan Larry Page, Sergey Brin dan Jeff Bezos yang dianggarkan sekitar AS$783 bilion berdasarkan data Forbes. -Gambar fail/Reuters
ELON Musk muncul individu pertama dalam sejarah moden dengan nilai kekayaan melebihi AS$800 bilion, menurut Forbes.


Ringkasan AI
  • Elon Musk menjadi individu pertama dalam sejarah moden dengan nilai kekayaan melebihi AS$800 bilion selepas mencapai AS$852.5 bilion, susulan penggabungan SpaceX dan xAI yang mencipta entiti bernilai kira-kira AS$1.25 trilion.
  • Kekayaan peribadi Musk kini melebihi gabungan Larry Page, Sergey Brin dan Jeff Bezos yang dianggarkan sekitar AS$783 bilion berdasarkan data Forbes.
  • Peningkatan nilai bersih Musk dipacu oleh pegangan beliau dalam SpaceX, selain dari peranan dalam Tesla dan syarikat lain di bawah naungannya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Peningkatan pencapaian mencecah AS$852.5 bilion (~RM 3.35 trilion) itu direkodkan susulan penggabungan SpaceX dan xAI yang mewujudkan entiti bernilai kira-kira AS$1.25 trilion.

Nilai terbaharu itu menjadikan kekayaan peribadi Musk lebih tinggi berbanding gabungan Larry Page, Sergey Brin dan Jeff Bezos, yang dianggarkan sekitar AS$783 bilion, berdasarkan data Forbes.

Lonjakan mendadak nilai bersih itu didorong pegangan Musk dalam SpaceX yang menjadi penyumbang utama kepada kekayaannya, selain peranan beliau dalam Tesla dan syarikat lain di bawah rangkaiannya.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai dakwaan bahawa Musk sedang menghampiri status 'trilionwan' berdasarkan sasaran operasi tertentu seperti angka penghantaran EV, teksi swapandu, atau robot humanoid.

Walaupun analisis pasaran menjangkakan Musk berpotensi mencecah nilai AS$1 trilion pada masa hadapan, syarat-syarat khusus tersebut tidak disokong oleh laporan kewangan atau kenyataan rasmi setakat ini. -Amanz







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah individu pertama dalam sejarah moden yang kekayaannya melebihi AS$800 bilion?
    A: Elon Musk adalah individu pertama yang mencapai kekayaan melebihi AS$800 bilion selepas mencapai AS$852.5 bilion, berikutan penggabungan SpaceX dan xAI yang bernilai kira-kira AS$1.25 trilion.
  • Q: Apakah yang mendorong peningkatan nilai kekayaan Elon Musk?
    A: Pegangan Musk dalam SpaceX menjadi penyumbang utama kepada peningkatan nilai kekayaannya, selain dari peranan beliau dalam Tesla dan syarikat lain di bawah rangkaiannya.
  • Q: Adakah Elon Musk akan mencapai nilai AS$1 trilion pada masa hadapan?
    A: Meskipun analisis pasaran meramalkan potensi Elon Musk mencapai nilai AS$1 trilion, syarat-syarat khusus tersebut tidak disokong oleh laporan kewangan atau kenyataan rasmi setakat ini.



#Elon Musk #nilai kekayaan #melebihi AS 800 bilion #SpaceX #Tesla