GADGETS
Elon Musk kongsi perbezaan Xmail dengan perkhidmatan emel lain

Menurut Musk (foto), Xmail berbeza dengan perkhidmatan emel lain kerana mesej yang diterima akan dipaparkan seperti bebenang DM yang diterima dalam media sosial. -Gambar fail/Reuters
BUKAN rahsia Elon Musk ingin menjadikan X sebuah aplikasi super yang boleh melakukan pelbagai tugasan secara serentak.
Ringkasan AI
- Elon Musk mengesahkan ciri Xmail yang berfungsi seperti emel pada Februari lalu.
- Mesej dalam Xmail akan dipaparkan seperti bebenang DM di media sosial, menjadikannya lebih kemas dan mudah dibaca.
- Walaupun perkhidmatan telah disahkan, tarikh pelancaran Xmail kepada pengguna X masih belum diumumkan.
Menurut Musk, Xmail berbeza dengan perkhidmatan emel lain kerana mesej yang diterima akan dipaparkan seperti bebenang DM yang diterima dalam media sosial.
Ini menurut beliau akan hanya memaparkan maklumat yang diperlukan dalam antara muka yang kemas sekali gus lebih mudah dibaca.
Walaupun perkhidmatan telah disahkan, Musk tidak pula berkongsi bilakah Xmail akan ditawarkan kepada pengguna X.
Sebelum ini usaha beliau menjadikan X platform penstriman video tidak mendapat sambutan kerana pelbagai isu teknikal.
Perancangan menjadikan X sebuah aplikasi perbankan juga kini sudah lama tidak dikemas kini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami