GADGETS

Elon Musk lancar Macrohard, syarikat perisian AI saingi Microsoft

Amanz 24/08/2025 | 08:30 MYT
Macrohard akan membangunkan perisian mirip Microsoft tetapi dengan integrasi AI sepenuhnya. -Amanz
BEBERAPA minggu lalu, kita telah melihat xAI mendaftarkan tanda dagang Macrohard.


Ringkasan AI
  • Elon Musk umum penubuhan Macrohard di bawah xAI sebagai syarikat perisian berasaskan kecerdasan buatan.
  • Macrohard akan membangunkan perisian mirip Microsoft tetapi dengan integrasi AI sepenuhnya.
  • Musk mengajak individu berminat untuk sertai pembangunan Macrohard, yang dijangka cabar dominasi syarikat perisian tradisional.


Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk berkongsi berkenaan dengannya, dan mengajak sesiapa yang berminat untuk menyertai pembangunan berkenaan melalui xAI.

Elon Musk mengatakan Macrohard merupakan syarikat perisian dikuasakan kecerdasan buatan.

Menurut beliau, ia akan memfokuskan penawaran perisian lebih kurang seperti Microsoft, tetapi dibangunkan dengan bantuan kecerdasan buatan.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan potensi untuk pelbagai syarikat dengan fokus perisian sepenuhnya boleh digantikan atau dicabar oleh syarikat lain melalui penggunaan kecerdasan buatan.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah produk pertama Macrohard yang akan beroperasi di bawah xAI ini. -Amanz






#Elon Musk #Macrohard #kecerdasan buatan #Microsoft