[TERKINI] Zizi Kirana Ditahan oleh Israel – 13 Aktivis Malaysia Terputus Hubungan. Ikuti Laporan Langsung Sekarang!
GADGETS

Elon Musk manusia pertama mempunyai kekayaan $500 bilion

Amanz 02/10/2025 | 04:00 MYT
Elon Musk kini menjadi individu pertama dalam sejarah dengan kekayaan melebihi AS$500 bilion selepas saham Tesla melonjak lebih 3%. -Gambar fail
Elon Musk kini menjadi individu pertama dalam sejarah yang memiliki kekayaan melebihi AS$500 bilion (~RM 2.1 trilion).


Ringkasan AI
  • Elon Musk kini menjadi individu pertama dalam sejarah dengan kekayaan melebihi AS$500 bilion selepas saham Tesla melonjak lebih 3%.
  • Tesla merancang ganjaran AS$1 trilion kepada Musk dalam tempoh 10 tahun jika kekal sebagai CEO, menjadikannya calon trilionwan pertama dunia.
  • Walaupun jualan EV merosot akibat persaingan BYD dan penamatan insentif di AS, Musk menekankan hala tuju Tesla sebagai syarikat robotik dan AI, bukan automotif semata-mata.


Nilai kekayaan beliau mencecah angka setengah trilion beberapa jam lalu selepas saham Tesla melonjak lebih 3% walaupun jualan EV syarikat tersebut terus susut di Eropah dan China serta Amerika Syarikat menamatkan kredit pembelian EV semalam.

Musk kini berada pada landasan positif untuk menjadi trilionwan pertama dengan lembaga pengarah Tesla ingin memberikan beliau lebih banyak pegangan saham dan ganjaran $1 trilion dalam tempoh 10 tahun sekiranya kekal sebagai CEO syarikat.

Status beliau sebagai manusia terkaya dunia hanya dicabar selama beberapa jam oleh Larry Ellison, pengasas Oracle tiga minggu lalu.

Hala tuju Tesla sejak setahun ini sudah berubah dengan Musk mengatakan ia bukan lagi syarikat automotif tetapi adalah syarikat robotik serta kecerdasan buatan.

Persaingan sengit daripada BYD menyebabkan jualan EV Tesla semakin terjejas.

Perkhidmatan teksi robot pula masih di skala kecil sementara robot Optimus masih belum dipasarkan secara komersial dengan Musk meramalkan jutaan akan dijual bagi keperluan pengilangan serta menjadi pembantu manusia di masa hadapan. -Amanz




#Elon Musk #kekayaan melebihi AS 500 bilion #saham Tesla melonjak #calon trilionwan pertama dunia