KINI-TRENDING

Elsa dan Anna kembali dalam Frozen Fever

Umaira Uyop 03/02/2015 | 18:52 MYT
Frozen Fever, animasi pendek ikuti kehidupan Elsa dan Anna selepas pengakhiran versi filem
Tidak cukup dengan fenomena filemnya, 'Frozen' kembali dengan filem animasi pendek.

Frozen Fever sudah mula jadi sebutan di media sosial apatah lagi setelah beberapa gambar daripada animasi pendek itu didedahkan.

Disney turut mengumumkannya di laman Twitter rasmi mereka.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Pelakon alih suara asal seperti Idina Menzel (Elsa), Kristen Bell (Anna), Jonathan Groff (Kristoff) dan Josh Gad (Olaf) kembali menghidupkan peranan masing-masing.

Animasi pendek berdurasi 7 minit itu akan memaparkan suasana di kerajaan Arendelle susulan pengakhiran versi filem yang menyaksikan Elsa dan Anna berbaik semula.

Selain itu, 'sneak peek' juga menyaksikan persediaan sambutan hari jadi Anna termasuk gaun baru Elsa.

Media sosial rancak dengan peminat Frozen dari serata dunia yang nyata teruja menantikan animasi pendek ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Frozen Fever akan dimainkan sebelum tayangan satu lagi filem Disney, 'Cinderella' yang dijadualkan 13 Mac ini.
#animasi #Disney #Frozen #Frozen Fever