"Emak sudah tidak kenal siapa Nurshahila" - Fauziah Sarman

Gempak
Oktober 13, 2023 11:45 MYT
Fauziah Sarman meluahkan rasa terkilan dengan sikap anak perempuan sulungnya, Nurshahila atau Shila Amzah merujuk kepada kontroversi yang melanda keluarga mereka.
BUKAN sahaja seakan-akan menyindir menantu sendiri, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman turut meluahkan rasa terkilan dengan anak perempuan sulungnya itu.
Tidak melebihkan sesiapa dalam permasalahan yang berlaku, Fauziah bagaimanapun berkata, dia seakan-akan sudah tidak lagi mengenali diri Shila yang sebenar.
"Untuk anakku NURSHAHILA yang telah emak kandung di rahim pinjaman Allah ini selama sembilan bulan, yang telah emak lahirkan, susukan dan besarkan selama ini.
“Emak dah hilang kata-kata. Satu demi satu dugaan menimpa diri mak di usia yang tinggal sisa ini. Sungguh hanya Allah lebih mengetahui segala apa yang terjadi sekarang.
"Jujur, Emak sudah tidak kenal siapa NURSHAHILA lagi. Tulisan ini bukan untuk mengusik nama besar kamu dan bukan juga petanda emak ‘menangkan’ adik-adik.
"Tidak pernah ada sikap melebihkan anak yang mana biar ada yang terlebih terkurang itu ini. Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama sahaja kepada setiap anak-anaknya biar mereka hebat, kaya, degil, nakal atau sebagainya," katanya.
Dalam perkongsian yang sama, Fauziah turut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya memaksa Shila bekerja sejak usianya kecil.
"Nurshahila memang sudah bernyanyi sejak usia kanak-kanak tapi semua atas rela jiwanya sendiri tiada paksaan. Mungkin, apa yang mak korbankan ke sana sini menemani Nurshahila hanya ‘kewajipan’ emak sebagai ibu.
“Mungkin tiada budi dan pengorbanan emak di situ. Mak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil, mungkin segala sukses itu bukan doa dari mak.
"Apakah lupa emak hanyalah seorang isteri yang taat dan menurut apa sahaja yang diatur oleh bapa Nurshahila? Apakah emak yang selama ini mengatur ekonomi keluarga?.
"Hingga duit tu dikatakan habis sampai kita sendiri tak tahu berapa keseluruhan jumlahnya. Kita berdua hanya di hantar ke China untuk bekerja. Tanyalah diri dan kamu tahu siapa yang menghabiskannya," kongsinya lagi. - Gempak
#Shila Amzah #emak Shila Amzah #krisis keluarga Shila Amzah #ND Lala
;