[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Emas murah di Kuala Pilah, berbaloi datang dari jauh

Khairunnisa Kasnoon 13/08/2018 | 03:39 MYT
Salah satu kedai emas yang terletak di Jalan Dato' Undang Johol, Kuala Pilah, yang penuh dengan pengunjung yang datang dari jauh dan dekat. Astro AWANI / HUSNA YUSOP
Tiba hujung minggu, pekan Kuala Pilah dikunjungi peminat barangan kemas.
Dapat dilihat, ramai yang memenuhi deretan kedai emas di Jalan Dato' Undang Johol, bagaikan ada pesta.
Kenapa?
Emas kek Kolo Pilah murah!
Wartawan Astro AWANI sedang melakukan tinjauan di pekan Kuala Pilah. Astro AWANI / HUSNA YUSOP
Mana taknya, kalau ikut harga pasaran semasa, harga emas 916 lebih kurang RM188 satu gram tetapi di sini, hanya RM151 sahaja satu gram ketika wakil Astro AWANI membuat tinjauan pada Ahad.
Murah bukan?
"Emas di sini murah. Murah banyak. Kalau campur upah pun, masih murah, jika nak dibandingkan dengan Seremban," kata Zaihashida Zainal, yang datang dari Seremban semata mata untuk membeli emas.
Begitu juga seorang lagi pengunjung, Lydia Hassan, yang bekerja dan menetap di Klang tetapi berasal dari Seremban.
"Ini kali ketiga saya datang. Memang murah banyak. Dalam 30 peratus lebih murah berbanding tempat lain," ujarnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada sebab kenapa emas di Kuala Pilah ini murah.
Menurut salah seorang penjual dan pemilik kedai emas, antara faktor kenapa emas murah adalah kerana mereka tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas Malaysia.
Kedua, mereka tidak perlu membayar sewa kedai kerana premis itu milik sendiri.
Dan yang ketiga, kos buruh.
Deretan kedai emas boleh ditemui di Jalan Dato' Undang Johol, Kuala Pilah. Astro AWANI / HUSNA YUSOP
Penjual emas tidak perlu membayar kos pekerja yang tinggi kerana, merekalah bos, mereka juga pekerja.
Jadi, terjawablah segala persoalan kenapa orang sering ke Kuala Pilah untuk membeli emas.
Bak kata pembeli, berbaloi datang dari jauh pun.
#emas #kedai emas #Kuala Pilah #murah #peniaga #persatuan